Trending By: SGMS Faida June 30, 2018 @ 6:36am

Yang Saya Marah, Dia Kahwin Dengan Kawan Sepermainan Anak Saya…

Berita mengenai perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun menjadi tular di media sosial, semalam.

Hal ini dikongsi sendiri oleh isteri kedua oleh lelaki berkenaan, Siti Nor Azila Zulkifle. Suaminya dilaporkan berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun.

Siti Nor Azila atau lebih mudah disapa Effa mendakwa, pada mulanya suami berkata gambar tersebut gambar yang telah disunting.

” Ketika suami ada di rumah, saya tunjuk gambar tersebut yang dihantar madu saya. Dia kata sekarang semua gambar boleh ‘edit’.

” Lepas tu saya cakap tak ada ‘edit’ kalau dah gambar macam ni. Kalau betul kahwin kena cakap dah kahwin… tak boleh main-main. Lepas tu barulah dia kata betullah dia dah kahwin,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Effa berkata dia tidak terkejut dengan tindakan suaminya itu kerana pernah terdengar desas-desus suaminya akan berkahwin lagi sebelum ini.

” Suami pun pernah kata tak mungkin dia akan kahwin dengan budak. Jadi saya dan isteri pertama pun fikir perkara yang sama.

” Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

” Saya sendiri pernah nak pinangkan seorang wanita untuk suami tetapi dia tolak. Yang buat saya marah sebab dia kahwin dengan kawan sepermainan anak saya,” katanya.

Menurut Effa, isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun.

“ Dia (isteri ketiga) selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu,” katanya yang menetap di Gua Musang, Kelantan.

Ibu kepada anak empat itu mendakwa suaminya telah bernikah dengan isteri ketiganya itu pada 4 Syawal lalu, di Thailand.

“Saya dimaklumkan mereka telah bernikah di Siam pada raya keempat,” katanya sambil menambah madu baharunya itu juga adalah orang Thailand.

Ketika ditanya mengapa dia berkongsi kisah itu di media sosial, Effa berkata tidak berniat untuk mengaibkan suaminya.

Sebaliknya, wanita berusia 34 tahun itu berkata dia mahu suaminya yang bekerja sebagai ‘tauke getah’ itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.

“ Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang. Saya dan isteri pertama sanggup terima madu kami sekiranya dia menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“ Dia kata dia kahwin kerana ikut sunnah Nabi. Tapi adakah dia ikut sunnah Nabi yang lain. Duit belanja saya dan anak-anak pun dia hanya bagi RM50 hingga RM100 seminggu.

“ Anda rasa cukup ke nak tanggung empat orang anak? Tapi bagi dia wang tu dah banyak,” dakwanya.

Dakwa Effa, dia terpaksa menanggung keperluan keluarganya dengan berniaga di atas talian secara kecil-kecilan.

“ Saya terpaksa berniaga kalau tak macam mana nak beli susu, pampers dan lain-lain keperluan. Suami hanya sediakan rumah dan kereta saja.

“ Saya cakap kat suami saya tak nak bekerja. Saya dah penat… penat segalanya,” kata wanita berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu.

Susulan itu, Effa turut menyatakan hasrat untuk bercerai kerana mendakwa sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak pernah berubah.

“ Saya nekad. Tiada guna perkahwinan ini diteruskan. Saya akan pergi ke pejabat agama esok.

“ Lagipun suami pernah kata kalau tak boleh terima perempuan tersebut (isteri ketiga), jalan terbaik adalah berpisah.

“ Jadi saya dan isteri pertama kata kami sanggup bercerai kalau dia nak lepaskan,” katanya.

Menurut Effa, dia ada menghubungi suaminya untuk menyelesaikan hubungan mereka tetapi panggilan tidak dijawab.

“ Saya sudah tidak jumpa suami empat hari. Saya call dia tak angkat, panggilan mak saya pun dia tak angkat. Mesej saya pun dia tak balas,” dakwanya.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut yang sanggup berkahwin dengan budak perempuan bawah umur.

Budak perempuan itu didakwa sebagai anak kepada wanita yang bekerja sebagai tukang masak di kedai makan isteri pertama lelaki terbabit dan tidak bersekolah. – Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018

Malaysian Team Takes Home Gold Medal in Asian Pastry Cup

The group will be moving on to the Olympics of pastry soon!

Trending Thu, 27 Sep 2018

Lorong Tengah Hanya Untuk Memotong, Netizen Sindir Pemandu ‘Bengap’?

Kalau dalam situasi video tadi, andai kata kereta yang record & kereta mangsa keadaan stay kiri je (since kiri kosong), bezza yang laju tu tak perlu pun jadi pelesit tukar lorong kiri ke kanan hujung hujung (memang bahaya sebab blind spot). Ini tak…

Trending Tue, 29 Jan 2019

McDonald’s Celebrates Chinese New Year by Visiting Over 60 Old Folk’s Home

That’s how one should showcase the true meaning of Prosperity.

Trending Wed, 14 Aug 2019

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

Ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort.

Trending Fri, 18 Oct 2019

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes

Trending Thu, 14 Nov 2019
Trending Mon, 1 Jun 2020

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera

Trending Fri, 14 Dec 2018

Hanya Kerana Makan Semangkuk Kari Ayam

Mimpi Ngeri, Hanya Kerana Makan Semangkuk Kari Ayam Lelaki Ini Lumpuh Seluruh Badan

Trending Thu, 19 Jul 2018

Luahan Hati Si Ibu, ‘Saya Tak Boleh Terima Bagaimana Adam Diperlakukan,’

Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian, kerana saya tak buat anak orang begitu…

Trending Tue, 15 Jan 2019

| Live TV