Trending By: tex_admin April 9, 2018 @ 1:01pm

Walaupun Dikecam Teruk, Neelofa Tetap Menang Besar Di AME 2018

Kalau kita lihat sebelum ini, Neelofa dikecam teruk kerana memilih kelab malam untuk melancarkan koleksi tudung terbaharunya. Dia dianggap mencemarkan imej wanita berhijab dan tidak mementingkan sensitiviti agama.

Tetapi walaupun dikecam teruk ekoran isu tersebut, ia tidak menjadi penghalang bagi Neelofa untuk menang besar dalam Anugerah Meletop Era (AME) 2018 yang diundi sendiri oleh peminat-peminatnya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai yang menyokong Neelofa!

Anugerah yang berlangsung meriah malam tadi diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil bagi meraikan bakat-bakat dalam industri seni tanah air.

Pada tahun ini, Neelofa berjaya ‘menyapu bersih’ tiga kategori pencalonannya iaitu Drama Meletop (Red Velvet), Pelakon Televisyen (TV) Meletop dan Fesyen Meletop, sekaligus dinobatkan sebagai TOP TOP Meletop Wanita.

Manakala bagi kategori TOP TOP lelaki pula, Khai Bahar telah diumumkan sebagai pemenang selain memenangi kategori Penyanyi Meletop dan Lagu Meletop. Tahniah kami ucapkan kepada mereka! 

Foto: Utusan Online

Foto: Instagram Neelofa

Namun begitu, kemenangan yang diraih oleh Neelofa ini telah menimbulkan bualan hangat antara para netizen yang tidak berpuas hati. Lah, kenapa pula ni?

 

Tak henti-henti kan, Neelofa ini dikecam? Tetapi menurut Neelofa, kecaman yang diterima membuatkan peminat lebih kuat untuk menyokongnya. Neelofa menganggap publisiti buruk ke atas dirinya perlu dilihat daripada sudut positif.

“Dengan kecaman inilah membuatkan peminat berdiri teguh di belakang saya dan membawa saya kekal bersama mereka. Mereka juga terus bekerja keras demi kerjaya saya.

“Saya tak boleh menutup mulut orang daripada terus mengata. Apa yang saya boleh buat ialah kuatkan hati dan berusaha demi kerjaya seni dan perniagaan saya supaya menjadi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Apa pun tahniah kami ucapkan atas kejayaan semua artis yang telah berjaya merangkul Anugerah Meletop Era 2018. Anda semualah yang mewarnai industri tanah air kita.

Sumber: Twitter, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Oct 2019

Taking Digital To The Next Level, Huawei Launches 13 Products With Huawei Mobile Services (HMS)

These 13 new coolest and hi tech products from Huawei will blow your mind away!

Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Trending Mon, 28 Jan 2019

8张「拍得好不如时机正巧」的神照

当你看到一些很不寻常的事情发生在眼前时,当下立即的反应,大概是神速抓起手机,咔嗒一声拍下照片来,有时很有意思的画面就这样产生了!

Trending Wed, 17 Oct 2018

Trauma Gempa Palu, Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Perkosa

Tak Habis Lagi Trauma Gempa Palu, Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Perkosa 3 Lelaki Di Rumah Perlindungan

Trending Thu, 4 Jun 2020

Orang Melaka Dah Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

Apa-apa pun tetap perlu amalkan penjarakan sosial

Trending Mon, 22 Jul 2019
Trending Tue, 26 Nov 2019
Trending Sat, 14 Apr 2018

Pesawat Terbesar Di Dunia Mendarat Di KLIA

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Trending Thu, 26 Apr 2018

| Live TV