Trending By: Attiqah Mohd January 28, 2020 @ 12:28pm

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Berikutan isu Coronavirus yang melanda negara China, rata-rata netizen meluahkan perasaan risau dengan keadaan yang berlaku sekarang, terutama apabila empat individu di Malaysia telah disahkan positif Coronavirus namun apa yang ramai tak tahu sebenarnya negara Malaysia sendiri pernah dilanda suatu virus paling berbahaya sekitar tahun 1998 dan 1999.Virus tersebut dikenali dengan nama virus Nipah. 

Kerajaan sangka virus JE, buat andaian berpunca daripada serangan nyamuk 

Menerusi suatu perkongsian di Twitter oleh individu bernama kojie_yama. Virus Nipah ini  mula melanda negara Malaysia kira-kira 2 dekad lalu. Kerajaan pada mulanya menyangka virus tersebut disebarkan daripada serangan nyamuk yang menyebabkan Japanese Encephalitis (JE), malah kerajaan turut  menggesa aktiviti penyemburan nyamuk secara berleluasa. 

Hanya serang kaum Cina, 2 orang pelajar PhD mula sedar sesuatu yang tidak kena mengenai virus ni

Dua orang pelajar PhD ketika itu, Dr Chua Kaw Beng dan Dr Chong Tin Tan menyedari sesuatu yang tidak kena mengenai virus ini, mereka mula perasan yang virus ini hanya menyerang kaum Cina sahaja. Kedua-dua individu ini perasan yang virus ini tidak menyerang golongan muslim, mereka mula membuat andaian yang virus ini pastinya bukan berpunca daripada serangan nyamuk seperti yang disangka. 

Kerajaan tetap tak endah, Dr Chua buat ambil risiko ‘seludup’ virus untuk dikaji dan  dihantar ke US secara sembunyi

Usaha Dr Chua untuk meyakinkan kerajaan tidak berjaya apabila kerajaan masih berdegil dengan andaian yang sama, Dr Chua akhirnya membuat tindakan drastik dan mengambil risiko dengan membawa virus itu secara sembunyi untuk dikaji dan dihantar ke US. 

Andaian Dr Chua dan Dr Tan mengenai virus terbukti benar apabila virus itu sebenarnya berpunca daripada khinzir

Setelah keputusan kajian diterima, ternyata andaian kedua-dua orang doktor mengenai virus tersebut terbukti benar apabila virus itu sebenarnya berpunca daripada bawaan khinzir. Dr Chua kemudiannya mengemukakan hasil pemerhatian dan bukti kepada pihak berkuasa Malaysia. 

Kerajaan akhirnya sedar dan terus mengikut nasihat Dr Chua dengan menembak dan menghapuskan khinzir

Akhirnya pihak berkuasa yakin dengan bukti yang dikemukakan Dr Chua, mereka segera mengerah pasukan tentera untuk menghapuskan khinzir. Pada waktu itu, sebanyak lebih kurang 1 juta khinzir dihapuskan dengan cara ditolak dan ditembak.

Berikutan kejadian itu, virus nipah terus berkurangan malah kawasan penternakan khinzir juga telah diuruskan dengan bersih dan rapi. 

Dr Chua dan Dr Tan dianugerahi kerana jasa dan usaha mereka menyelamatkan negara tercinta

Berikutan kebijaksanaan dan keberanian mereka, Dr Chua dan Dr Tan telah dianugerahi dengan Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir.

Pengajaran kat sini adalah dalam membuat sesuatu andaian, kita wajar berfikir dan menyelidik sesuatu perkara dengan teliti sehingga mendapat bukti dan fakta yang sahih. Nasib baik ada dua orang doktor yang cukup arif, kalau tak, tak tahu la apa jadi dekat Malaysia pada waktu tu kan? Walaubagaimanapun, syabas buat kedua-dua doktor ni, benarlah kata orang, ‘Not all heroes wear capes’.

Kredit foto: npr

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Mar 2018

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

Trending Sun, 6 May 2018

Comel! Keluarga Diraja Britain Kongsi Gambar Putera Louis

Kedua-dua gambar itu diambil di Istana Kensington oleh ibunya Kate, isteri Putera William yang juga cucu kepada Ratu Elizabeth.

Trending Sun, 24 Jun 2018

Pemandu Grab Meninggal Dunia, Dipercayai Dijerut

Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa.

Trending Fri, 7 Dec 2018

Final Piala AFF, Vietnam Airlines Tambah Penerbangan Ke Malaysia

Aksi final pertama antara Vietnam dan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember manakala final kedua empat hari kemudian di Stadium My Dinh Hanoi.

Trending Wed, 20 Mar 2019

Bacaan Surah Al-Baqarah, Iringi Para Syuhada Tragedi Christchurch Buat Ramai Sebak

Terasa sebak pula bila menghayati terjemahan dari Surah Al-Baqarah ni. Semoga perjalanan para syuhadah kita memberi 1001 makna buat kita

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Trending Thu, 25 Oct 2018

10张你一定看过「严重PS失误」的电影海报

其实好像真的很少人会仔细地去观察电影海报,不过海报正是最多不合逻辑和奇怪的东西会出现的地方。若不仔细观察,你能看出问题吗?

Trending Sun, 21 Oct 2018
Trending Tue, 13 Nov 2018

Menyayat Hati Kisah 2 Beradik Menyorok Di Bawah Bas

Sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang 3 jam perjalanan dibawah bas semata-mata rindu pada ..

Trending Wed, 20 Jun 2018

There are Turtles in Melaka and We NEED to Protect Them

We can’t let these endangered animals be exposed to anymore risks and hazards.

| Live TV