Trending By: Salma Syahbuddin March 23, 2020 @ 8:00am

[VIDEO] Jangan Degil! Kini Petaling Jaya, Lembah Pantai Dan Hulu Langat Catat Kes Tertinggi Covid-19

Tolong jangan degil!

Masuk hari ke-6 perintah kawalan pergerakan dijalankan, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih degil  dengan mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan melakukan panic buying.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes jangkitan Covid-19 kini membabitkan 95 kawasan penempatan di seluruh negara.

Sumber : Google

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 1,183 kes secara keseluruhan dengan 114 pesakit dibenarkan discaj, sehingga 12 tengah hari semalam. Dan berdasarkan statistik dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Petaling Jaya kini merekodkan taburan kes tertinggi dengan 96 kes.

Diikuti Lembah Pantai dengan 90 kes, iaitu Hulu Langat 75 kes,, Johor Bahru 52 kes, Titiwangsa 41 kes, dan Gombak kes.

Manakala Lembah Klang dan Selangor turut mencatatkan Klang dengan 23 kes, Kuala Selangor 17 kes, Sepang 8 kes, Kuala Langat 8 kes, Hulu Selangor 3 kes, Kepong 24 kes, Cheras 11 kes dan Putrajaya 9 kes.

Selain Johor Bahru, kes jangkitan Covid di Johor turut direkodkan berlaku di Kluang (26), Batu Pahat (23), Muar (13), Kulai (5), Pontian dan Tangkak masing-masing tiga kes manakala satu kes di Segamat serta Mersing.

Negeri Sembilan pula membabitkan Seremban dengan 42 kes, Rembau dan Tampin masing-masing dengan 10 kes, Port Dickson 3 kes, AKEPT 2 kes dan masing-masing satu kes di Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah. Di ikuti, Melaka, sebanyak 11 kes direkodkan di Jasin, Alor Gajah 6 kes dan Melaka Tengah sebanyak 5 kes.

Sumber : Google

Utara juga berlaku penularan jangkitan Covid-19 apabila lapan kawasan di Kedah merekodkan kes dengan Kuala Muda 23 kes, Kota Setar10 kes,  Kubang Pasu 6 kes, Langkawi 3 kes, Pendang 2 kes manakala masing-masing satu kes di Baling, Padang Terap dan Kulim serta Perlis.

Perak membabitkan kawasan Kinta dengan 21 kes, Hilir Perak 13 kes, Kerian 7 kes, Perak Tengah 6 kes, Manjung 4 kes, Larut Matang Selama 3 kes, dan Batang Padang 1 kes, manakala Pulau Pinang  34 kes, serta Seberang Perai 16 kes.

Di Kelantan sebanyak 29 kes direkodkan di Kota Bharu manakala Pasir Mas 9 kes, Kuala Krai 8 kes, Bachok 7 kes, Pasir Puteh 4 kes, Tumpat 3 kes dan Gua Musang 1 kes.

Sebanyak 12 kes direkodkan di Kuala Terengganu, Besut 7 kes, Dungun 5 kes masing-masing satu kes di Kemaman, Marang dan Setiu manakala di Pahang membabitkan Pekan 13 kes, Kuantan 11 kes, Jerantut 7 kes, Bentong 4 kes serta Temerloh 2 kes.

Sumber : Google

Selain itu, Sabah juga menunjukkan taburan kes yang besar dengan Tawau merekodkan sebanyak 37 kes, Lahad Datu 32 kes, Kota Kinabalu 17 kes, Kinabatangan 11 kes, Sandakan 8 kes, Tuaran 6 kes, Beaufort 6 kes, Kota Belud 5 kes, Kunak 5 kes, Sipitang 4 kes, Putatan 3 kes dan satu kes di Papar serta Semporna.

Di Sarawak pula, sebanyak 30 kes di Kuching, Miri 8 kes, Betong 7 kes, Limbang 5 kes, Sarikei 4 kes, Bintulu 4 kes, Mukah, Serian dan Samarahan masing-masing dengan 2 kes,  manakala satu kes di Simunjan, Lawas dan Sibu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Feb 2020

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta

Doa peminat buat BCL, Noah dan seluruh ahli keluarga

Trending Tue, 24 Dec 2019

‘Sayap’ Terawal Superman Dilelong Hampir RM1 Juta

Sayap pertama yang digunakan dalam Superman

Trending Thu, 26 Mar 2020
Trending Thu, 24 May 2018

Krisis Politik Perlis, UMNO Perlis Rayu Tun M Masuk Campur?

Seminggu sebelum raya nanti, semua sembilan Adun BN ini akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk lantikan Menteri Besar yang dipilih.

Trending Wed, 11 Mar 2020
Trending Tue, 24 Dec 2019

Netflix Released New TV Series ‘The Witcher’

Is this the new Game Of Thrones?

Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Trending Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Mengaku Guna Kamera Huawei P30 Abadikan Saat Indah

setiap gambar yang diambil ketika Pre Wedding dan Malam Berinai menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30.

Trending Sun, 29 Dec 2019
Trending Wed, 31 Oct 2018

McDonald’s and RMHC Give 17,000 Malaysian Children New Sets of School Attire

What a great way to start a new school year than brand new clothes and supplies.

| Live TV