Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 4, 2020 @ 11:39am

[TERKINI] Berkuatkuasa Hari Ini, Ini Antara Negeri Yang Tidak Laksana Atau Tangguh PKPB

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan sebahagian besar sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi bermula hari ini.

Namun begitu, tidak semua negeri akan melaksanakan PKPB ini apabila beberapa kerajaan negeri memberikan reaksi berbeza kerana ingin membendung penularan jangkitan COVID-19 selain memastikan rakyat di negeri masing-masing tidak terdedah kepada jangkitan tersebut.

Berikut adalah antara senarai negeri yang memutuskan untuk menangguh atau tidak melakssanakan PKPB:

Selangor

Kerajaan Selangor memutuskan tidak melaksanakan PKPB namun akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) dengan penetapan beberapa perincian tambahan.

Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan pula, hanya sektor ekonomi sahaja yang akan beroperasi. Orang ramai tidak dibenarkan makan di kedai, hanya bungkus dan pandu lalu sahaja dibenarkan. Aktiviti sosial dan sukan turut tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB termasuklah bermain golf.

Pahang

Kerajaan negeri Pahang pula akan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada Jumaat ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan negeri akan mengkaji dan memperhalusi pelaksanaan PKPB.

Pulau Pinang

Pulau Pinang tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan masih meneruskan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada sehingga 12 Mei ini.

Namun begitu, kerajaan negerinya memutuskan untuk melaksanakan PKPB secara tiga fasa menerusi Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, strategi itu dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa Tempoh Penjelasan yang akan bermula pada 4 hingga 7 Mei, Fasa Pembiasaan (8 hingga 12 Mei) dan Fasa Pembukaan (13 Mei).

Beliau berkata, ini bermakna PKP sedia ada masih berkuat kuasa dan hanya pihak yang dibenarkan beroperasi dan bekerja pada PKP Fasa 1, 2 dan 3 sahaja dibenarkan untuk meneruskan operasi masing-masing tanpa sebarang perubahan termasuk syarikat pengangkutan awam.

Kedah

Kerajaan negeri Kedah pula membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada Selasa ini.

Kelantan

Di Kota Bharu, kerajaan Kelantan dalam satu kenyataan berkata mereka akan memperhalusi garis panduan PKPB melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan Khamis ini.

Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ingin mengekalkan pelaksaan PKP yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

Beliau berkata pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus itu.

Sarawak

Sarawak memutuskan untuk tidak mengadakan PKPB pada hari ini dan ingin mengambil kira keadaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Apa-apa pun, pastikan korang mematuhi keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri masing-masing demi kebaikan bersama okay?

Kredit: Harian Metro, Instagram Menteri Besar Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Boleh Dijadikan Inspirasi, Kenapa Agaknya Kris Dayanti Terima Pujian Warganet?

Kris Dayanti pernah berkahwin dengan Anang selama 13 tahun sebelum mengambil keputusan bercerai pada September 2019.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Ini Baru Betul Anak-Anak Sidek! Wanita Diluar Sana Jangan Nak ‘Cuci Mata’ Pula

Wah! Lepasni lagi ramai lah peminat wanita datang dan sokong pasukan badminton kita kan?

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Alvin Chong Akui Hidup Lebih Teratur

Alvin juga dalam proses mengeluarkan satu lagi lagu, kali ini bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu berjudul “Mencintaimu 99%” itu bakal dilancarkan pada 6 Julai, dan bertujuan untuk pasaran Indonesia.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Fathia Latiff Teruja Tudung ‘Nona Manis’ Laku, Bakal Tampil Dengan Single Pula!

Apa yang boleh Fathia kongsi, lagu itu berjudul ‘Jika Aku Tahu’ sebuah lagu bergenre balada.

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Masih Belajar, Fasha Sandha Minta Peminat Sabar

Jujurnya dia tidak kisah dan menunggu sehingga saya benar-benar sudah bersedia.

Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Gambar Seksi Uqasha Senrose Jadi Perhatian

Uqasha Senrose menggoda dalam…

| Live TV