Trending By: Salma Syahbuddin March 4, 2020 @ 4:08pm

[TRENDING] COVID-19 Makin Membimbangkan, Netizen Jangan Perlekeh Virus Ini, Siap Pergi Bercuti Luar Negara Lagi!

Covid-19 semakin membimbangkan!

Nampaknya penangan virus misteri ini semakin membimbangkan apatah lagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 7 lagi pertambahan kes dilaporkan setakat ini.

Berita ini turut dikongsi oleh pihak KKM menerusi laman twitter mereka pada Selasa.

 

 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit baru itu menjadikan kes bertambah sebanyak 36 kes setakat ini.
 
semua kes ini adalah kontak rapat bagi kes yang ke-26, kes terbaru kes ke-30 adalah seorang lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 12 Februari dan pulang pada 16 Februari.
 
” Individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini namun dikesan ketika aktiviti pengesanan kontak sebelum disahkan positif Covid-19 pada Isnin. Mangsa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil” Katanya.
 

Sumber : KKM Malaysia

 
Kes ke-32 pula adalah seorang wanita warga Malaysia berusia 43 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

“Individu berkenaan dilaporkan mempunyai gejala pada 27 Februari lalu dan dikesan ketika aktiviti pengesanan kontak sebelum disahkan positif Covid-19 pada 2 Mac dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

“Kes ke-33 membabitkan seorang lelaki warga Malaysia yang berusia 58 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri mesyuarat pada 16 Februari lalu.

“Individu berkenaan dikesan ketika aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif Covid-19 pada 2 Mac dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh serta berada dalam keadaan stabil,” 

Sumber : KKM

Menurutnya, kes ke-34 membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun, individu berkenaan adalah seorang paramedik di sebuah hospital yang memberi rawatan kepada kes ke-26.

“Individu terbabit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Dia dikesan ketika aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif Covid-19 pada 3 Mac, individu berkenaan kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

“Bagi kes ke-35, mangsa adalah seorang wanita warga Malaysia yang berusia 50 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 31 Januari lalu dan pulang ke negara ini pada 16 Februari.

“Dia dikesan ketika aktiviti pengesanan kontak, dan disahkan positif Covid-19 pada 3 Mac lalu sebelum menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Katanya, kes ke-36 dikesan positif adalah seorang lelaki warga Malaysia berusia 49 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir pada 23 Januari dan pulang ke Malaysia pada 1 Februari lalu.

“Individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala dan dikesan ketika aktiviti pengesanan kontak. Individu berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan Covid-19. Aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes ke-26 dan kes baru yang dilaporkan ini masih dijalankan dan orang ramai akan dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya,” Jelasnya.

Minggu lalu sahaja, laporan mengesahkan terdapat sebanyak 334 kes baru Covid-19 dilaporkan dan menjadikan Korea Selatan sebagai negara paling banyak dijangkiti virus tersebut selepas China.

Masyarakat diarah agar sentiasa berhati-hati

Sumber : Google

Justeru itu, masyarakat Malaysia terutamanya dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka terhadap kesihatan badan masing-masing.

Malah, semua rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak terlalu taksub dengan tawaran pakej penerbangan yang murah. Ini kerana, penularan Covid-19 semakin membimbangkan ramai pihak dan dijangka pertambahan kes dari hari ke hari akan meningkat.

Untuk maklumat penting dan berita terkini, korang boleh saksikan Buletin Utama di TV3, jam 8 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Apr 2019

MBO联手全马同济会邀3400弱势儿童观赏《小飞象》

MBO院线携手非政府组织同济会邀3400位弱势儿童,一起观赏电影《小飞象》。

Trending Fri, 19 Jan 2018

Jom Ubah Stail!

Jika masih dengan imej lama, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada imej baru. Mungkin tidak secara keseluruhan, tetapi boleh lakukan secara berperingkat.

Trending Thu, 2 Aug 2018
Trending Sun, 9 Jun 2019

Lelaki Guna Siren Polis Mudahkan Perjalanan Ditahan

Satu set siren yang telah dipasang dalam kereta berkenaan turut ditemukan, apa yang dibuat dengan siren tu ya?

Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Tue, 14 Aug 2018

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

Trending Mon, 23 Mar 2020
Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Wed, 18 Apr 2018

Top5素颜也很正的日本女星「国民老婆」新垣结衣只排第2

日本化妆品公司近日做了一项调查,列出了网友认为「素颜也很正的女星排名」,其中「国民老婆」新垣结衣竟然只能屈居第二,到底第一名是拥有怎样的盛世美颜呢?

Trending Sat, 13 Apr 2019

Bas Pekerja Berlumba 12 Nyawa Melayang

12 mayat mangsa kemalangan itu sudah dituntut oleh keluarga, majikan dan kedutaan masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal.

| Live TV