Trending By: SGMS Enal November 20, 2017 @ 2:05pm

Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan

Seorang wanita dari New York, Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan atas jenayah menculik dan membunuh dalam kes pembunuhan sahabat baiknya yang sedang hamil selain turut membelah perut mangsa dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun pada Rabu lalu oleh mahkamah.

Ashleigh Wade, 24, dituduh membunuh rakan yang dikenali sejak kecil itu Angelikque Sutton, 22, pada November tahun 2015. Ketika kejadian, Sutton dipercayai dalam perjalanan untuk ke majlis pernikahan dengan tunangnya, Patrick Bradley sebelum singgah di rumah suspek.

Ketika pembunuhan tersebut berlaku, kandungan Sutton sudahpun berusia 8 bulan. Mengikut rekod kes, Wade dipercayai membunuh Sutton dengan cara mengelar leher dan membelah perut mangsa, selain turut menarik keluar bayi tersebut daripada perut Sutton. Bayi tersebut, Jenasis Bradley bagaimanapun terselamat dan berusia 2 tahun pada minggu depan.

”Saya memohon maaf dan tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penyesalan saya”, kata Wade yang kelihatan menangis ketika menunggu keputusan penghakiman.

Walaupun begitu, Hakim Margaret Clancy tetap menjatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun ke atas Wade walaupun dia mengakui menyesal dengan perbuatannya. Peguam yang mewakili Wade menyatakan bahawa masalah mental yang tidak dirawat menjadi punca kepada pembunuhan kejam tersebut berlaku.

Bulan lalu, Wade disabitkan dengan tuduhan menculik dan membunuh tahap 2. Ahli panel juri (jurors) mengambil masa kurang daripada lima jam untuk membuat keputusan yang kemudiannya menyaksikan Wade menangis teresak-esak di dalam mahkamah setelah didapati bersalah. Wade bagaimanapun ditenangkan oleh ibu bapa Sutton, mangsa bunuhnya itu.

Para juri mengambil masa selama dua minggu untuk mendedahkan butiran kes pembunuhan ngeri tersebut. Menurut butiran tersebut, Wade dipercayai mengelar leher Sutton selain turut menikamnya bertubi-tubi lebih daripada 50 kali. Wade juga dituduh bertindak kejam dengan menarik keluar bayi mangsa selepas membelah perut Sutton.

Kes pembunuhan ini seolah-olah sudah dirancang awal oleh Wade kerana dia berpura-pura sedang hamil berbulan-bulan sementara menunggu masa yang sesuai untuk membunuh Sutton. Wade kemudiannya memberitahu keluarganya bahawa Jenesis, bayi Sutton adalah anaknya sendiri.

Pembunuhan kejam tersebut turut memberi kesan kepada salah seorang juri apabila dilaporkan pengsan selepas melihat gambar-gambar Sutton selepas dibunuh ketika kes sedang dibincangkan.

Pada November 2015, Sutton singgah sebentar di rumah rakan baiknya di Bronx sebelum meneruskan perjalanan ke majlis perkahwinannya.

Wade dipercayai menjemput mangsa untuk masuk ke apartmentnya ketika itu dengan memberitahu mangsa bahawa dia ingin memberi hadiah kepada Sutton sebagai ucapan tahniah.

Pihak berkuasa memberitahu bahawa tindakan Wade mengelar leher mangsa adalah bagi menghalang mangsa daripada menjerit dan menyebabkan rancangannya terbongkar.

Menurut Pembantu Penyiasat Daerah Bronx, Meredith Holtzman yang memberi keterangan ketika proses pembicaraan berkata bahawa Wade perlu membunuh Sutton dan mendapatkkan bayinya bagi menyempurnakan penipuan kehamilannya.

”Defendan menyerang mangsa dengan cara mengelar dan menikam mangsa berkali-kali di bahagian leher dan muka.

”Defendan turut mengelar bahagian peti suara mangsa supaya mangsa tidak boleh menjerit. Salur darah utama mangsa juga turut dipotong.

”Apa yang dilakukan oleh defandan selepas itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Selepas mangsa tidak dapat bersuara dan bergerak, defendan kemudiannya mencapai pisau di dapur sebelum membelah perut mangsa di bahagian bawah.

”Selepas membelah perut mangsa, defendan menarik keluar bahagian rahim (uterus) mangsa keluar sebelum membelahnya untuk mendapatkan bayi tersebut. Bahagian rahim itu kemudian dibuang di bilik mandi”, kata Holtzman.

Gambar dimuatnaik oleh teman lelaki Wade, Wade hantar gambar tipu kononnya dia mengandung

Namun ajaibnya, bayi Sutton tersebut selamat daripada serangan ganas Wade dan kini hamipr masuk ke usia 2 tahun.

Menurut Holtzman lagi, pembunuhan tersebut sememangnya sudah dirancang dan bertujuan untuk mencuri bayi tersebut.

”Dia sudah membeli pakaian bayi, baju bayi, kasut bayi, susu formula, lampin, buaian dan semua yang diperlukan, tetapi dia tidak mempunyai bayi pun.

”Oleh itu, dia perlu membunuh Sutton bagi mendapatkan bayi tersebut”, tambah Holtzman lagi.

Peguam bela Wade, Amy Attias memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh Sutton. Dia turut mendakwa bahawa ”sesuatu yang tidak kena telah berlaku di dalam minda Wade”.

Kes pembunuhan terbongkar selepas teman lelaki Wade yang berkunjung ke rumah suspek menemui Wade berada di sebelah mayat Sutton dengan bayinya itu.

Malah, Wade turut menjerit dengan mendakwa bayi tersebut adalah miliknya ketika ditahan oleh pihak berkuasa.

Bakal suami Sutton turut hadir ke mahkamah ketika pembicaraan berjalan ternyata sebak ketika mendengar butiran-butiran kes dikemukakan.

Sumber : Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Sep 2018

Pengecualian SST Untuk Rokok Dan Warung Kecil

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selepas menerima pelbagai maklum balas daripada para peniaga kedai makanan dan minuman, pengecualian cukai SST ini harus diberikan kepada sewaan warung-warung kecil dalam perkarangan kedai.

Trending Wed, 17 Apr 2019

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Seram! rakaman sebenar video penampakan nenek kebayan di Ulu Kenas, Perak.

Trending Thu, 3 May 2018

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Kajian berjaya membuktikan bahawa kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Namun, kes pembuangan kucing saban hari, makin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Maka, kami kongsikan 5 tips untuk memelihara haiwan comel ini.

Trending Mon, 1 Oct 2018

墓园惊见巨大iPhone!老爸:送给女儿的最后礼物

墓园里出现巨大iPhone?一名父亲为了纪念女儿特将墓碑打造成iPhone,在肃穆的墓园中看起来格外突出。

Trending Mon, 5 Feb 2018

失火之后全家微笑合影:人都在,家就在

中国网友间最近流传一张充满「正能量」的照片,拍摄者姜托托声称,照片中一家三口站在废墟里开心比YA,他们其实是自己的亲戚,虽然住家毁了,宠物狗也命丧火窟,但他们还是打起精神、露出微笑,积极面对这场悲剧“毕竟人在,家就在。”

Trending Sun, 23 Sep 2018

Liwat Sembilan Pelajar Tahfiz, Tenaga Pengajar Ditahan Polis!

Sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Trending Wed, 21 Feb 2018

UJI RASHID MENGAMUK

Oleh kerana beberapa berita yang terpesong dari fakta, ramai rakan taulan menghubungi Uji dan menyangkakan Uji Rashid yang sakit dan terlantar tenat.

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Trending Mon, 18 Jun 2018

Will Malaysia’s Democracy Regress Like Our Asian Neighbours’?

History has a knack of repeating itself. Could this be a horrifying premonition for the future of our country?

Trending Fri, 8 Nov 2019

Punca Bakteria Staphylococcus Lelaki Maut Didakwa Terkena Gigitan Serangga

Lelaki Ini Maut Selepas Paru-Paru Dan Tulang Belakang Rosak

| Live TV