Trending By: Salma Syahbuddin December 13, 2018 @ 2:59pm

Siapa Suka Pergi Daiso? Ini Mungkin Antara ‘Barang Magik’ Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang

Selain Family Mart, Kyochon, 4 Finger, dan KFry, Miniso, Yubiso, dan Daiso antara kedai barangan serbaneka yang mungkin sering dikunjungi. Selain harga yang murah, barangan yang dijual pun cukup berkualiti dan berguna untuk kegunaan harian. Malah, tak perlu sampai ke Jepun pun, semata-mata nak dapatkan barangan mereka. Betul tak?

Jadi, untuk kali ini kami di xtra.com.my sediakan antara 8 barangan magik yang mungkin korang terlepas pandang bila masuk sahaja ke keadi ini!

  1. Pembeku Minyak Masak

Siapa kat sini, yang ada masalah minyak masak yang berlebihan kat rumah? Minyak masak yang berlebihan ni maksudnya, minyak masak yang dah diguna pakai tapi tak tahu nak buang kat mana. Nah! pembeku minyak masak ini mungkin dapat membantu memudahkan kerja anda.

Nak tahu cara pakai pembeku minyak ni, bolehlah ikut gambar yang telah disediakan kat kotak tu okay!

     2. Magic Sponge

Kepada korang yang sayang sangat kasut Vans, Converse, Fila dan pelbagai lagi jenama terkemuka kasut-kasut stylo sekarang ni, korang bolehlah beli magic sponge ni. Walaupun nampak macam takde makna, tapi  manfaat nya besar tau! 

Magic Sponge dari  daiso ni harganya RM5.90 je, tapi boleh bersihkan kasut mahal korang yang harga RM300-500 tu. Tak payah pakai sabun tau, gosok atau tonyoh2 je kasut korang dengan menggunakan magic sponge ni. pakai air sikit dan lap okay! 

Menariknya, magic sponge ni bukan sahaja digunakan untuk membersihkan kasut, tetapi dinding kat rumah yang ada kesan contengan dari anak ataupun adik kecil korang tu pun boleh tanggal juga. Tak caya, try lah dulu!

t

      3. Cat Repellant

Haa, siapa-siapa tinggal rumah flat atau apartment yang penghuni nya tak berapa reti nak jaga haiwan peliharaan diorang tu, apa kata korang yang lebih bijak ni, beli Cat Repellant kat Daiso, hanya RM 5.90 je. Daripada nak basuh segala jenis najis atau siapa-siapa yang alergik dengan kucing tu, barang dari Daiso ni memang sangat sesuai untuk korang! 

Selain Cat Repellant, Daiso juga turut menjual Rat Repellant, Snake Repellant, dan Bird Repellant.

    4. Agen Pembersih Paip Yang Pastinya Berkesan

Bagi suri rumah tangga yang berjaya dan berkerjaya macam min ni, paip tersumbat adalah benda yang paling menyakitkan hati. Lebih-lebih lagi bila baru balik kerja nak kena terus masuk dapur. cuci sana sini, sinki pulak tersumbat, hilang semangat nak masak kan? Jadi, siapa ada masalah macam min, mungkin ini adalah salah satu cara yang paling berkesan yang kita boleh try kat dapur!

Tak susah, masukkan je seketul ubat agen pembersih paip ni, maka segala lemak dan sisa-sisa makanan degil nanti keluar. boleh try okay!

     5. Sankaku Koona Atau Sudut Tiga Segi

Siapa sangka, bekas tiga segi ini mampu menyelamatkan sistem perparitan kita di Malaysia. Kepada sesiapa yang selalu holiday kat Jepun tu korang mesti kagum dengan masyarakat mereka kan? lebih-lebih lagi bab kebersihan longkang dan pantai-pantainya yang kurang tercemar jika dibandingkan dengan kita di Malaysia ni. 

Jadi, kalau kagum apa kata kita mulakan langkah dari rumah. Penggunaan Sankaku Koona ni sebenarnya adalah untuk mengasingkan sisa-sisa makanan kita, al-maklumlah selain elak dari paip tersumbat, kita juga boleh menjaga kebersihan longkang di negara kita. Jadi, apa tunngu lagi!

     6. Sabun Mesin Basuh

Kepada sesiapa yang kerap menggunakan mesin basuh tapi tak pernah nak basuh mesin tu, korang akan rasa baju yang korang dah basuh pun masih gatal bila dipakai, Yang lagi teruk, baju yang dah siap basuh, tapi masih berbau!

So, mesin basuh pun macam manusia juga. Kena mandikan, sabun, kot lah mesin basuh tu banyak hama atau kulat yang terperangkap kat bahagian dalam mesin basuh korang kan? Jadi, sabun mesin basuh ni bagus untuk hilangkan segala kulat dan kekotoran yang terperangkap dalam mesin basuh korang tu!

    7. Stone Ice Cube

Alamak! Tetamu nak datang tapi ais takde? Macam mana ni? Haaa.. pernah tak alami situasi macam ni, mesti korang cuak kan? Jangan risau, stone ice cube ni boleh membantu korang menyejukkan air. Jangan risau, stone ice cube ni tidak memudaratkan kesihatan. 

   8. Konjac Puff

Kalau korang jumpa konjac puff ni kat Daiso, jangan terkejut plak! Maklumlah konjac puff ni kalau dalam paket macam kat dalam gambar tu, memang keras, macam batu. Tapi, bila dah kena air, nanti konjac puff ni lembut, selembut sutera tau! 

Jadi, kalau korang nak cuci muka ala-ala kat spa, korang bolehlah beli konjac puff ni. Murah je! 

 

Haa, sekarang dah tahu kan apa 8 barangan magik yang korang wajib usha kat Daiso nanti. Yang penting murah dan jimat. Takdelah kalau nak bersihkan paip tersumbat tu kena panggil abang plumber. Opsss!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Aug 2018

Tiket Penerbangan, Hiburan Antara Yang Dikenakan SST?

Pelaksanaan SST 2.0 adalah untuk menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada 1 April 2015 dan kini dalam proses pemansuhan di Dewan Rakyat.

Trending Thu, 28 Nov 2019
Trending Tue, 11 Sep 2018

搭飞机千万别睡觉!CNN调查:每50人就有1人遇见真爱

大部分人一坐上飞机,不是看电影就是蒙头大睡,最好一路睡到目的地,但你知道吗,这一睡可能让你因此错失交朋友、找到新客户,甚至更惨的,错过遇见真爱的机会!

Hiburan Mon, 23 Mar 2020
OMG Fri, 10 Apr 2020
Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Featured Tue, 6 Mar 2018

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Tidak habis-habis dikecam netizen, terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Trending Fri, 19 Jun 2020

| Live TV