Trending By: SGMS Enal November 24, 2017 @ 3:25pm

RM600 Makan Kari Kepala Ikan Apa Yang Mahal Sangat

Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa ‘cekik darah’ di sebuah restoran nasi kandar terkemuka di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL.

Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.

Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada restoran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hidangan itu.

Mereka diberi tempoh 10 hari untuk menghantar maklumat lanjut itu kepada kami.

Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidangan empat kepala ikan yang dicaj RM600. Ia seolah- olah hidangan untuk seorang saja sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan masalah sama berlaku.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, Isnin lalu, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.

Sebelum ini media melaporkan, makan malam dua keluarga di sebuah restoran nasi kandar terkenal, di sini, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.

Sumber: Harian Metro

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 May 2018

「青菜+锅子」变身范冰冰!泰国超低成本Cosplay女神

每次看到女明星穿上华丽的礼服,都好羡慕吗?想要尝尝变成女神的感觉,你可以自己做!

Trending Tue, 26 Mar 2019

Pelajar Malaysia Ditemui Mati di Hyde Park London

Bapa Allahyarham hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya. Al- Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Zainal…

Trending Wed, 16 Oct 2019

Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang

Moga-moga ramai yang dijumpai dengan selamat

Trending Mon, 22 Jul 2019
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

Trending Tue, 26 Jun 2018

世界上竟然有这么美的树!果实高达40种

你相信世界上有这么美的树吗?

Trending Thu, 30 Aug 2018

Nenek Usia 78 Tahun Hamil Anak Pertama

Warga emas berusia 78 tahun itu dikhabarkan hamil lima bulan dan perkara ini disahkan oleh suaminya, Ade Irawan.

Trending Wed, 22 Aug 2018

Jangan Risau, Susu Tercemar Tidak Dijual Di Sini!

Produk susu rumusan bayi yang terlibat mempunyai berat bersih 850g setiap tin, nombor batch 09117R1 dan tarikh luput pada 11 Sept 2019.

| Live TV