Trending By: Attiqah Mohd May 6, 2020 @ 2:52pm

Rentas Negeri Di Kuala Lumpur Bermula Esok

Semalam, ramai yang menerima berita gembira selepas kerajaan memberi kebenaran untuk orang ramai merentasi daerah.

Baca artikel berkaitan: PKPB: Perjalanan Rentas Daerah Kini Dibenarkan, Tiada Had Masa Untuk Keluar

Hari ini, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri berkata perjalanan merentasi negeri esok akan dikhususkan buat mereka yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain.

Selain itu, kebenaran turut diberikan untuk orang ramai yang keluar dari Kuala Lumpur dan juga buat mereka yang mahu mengambil keluarga di kampung untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

“Esok bermula dengan Kuala Lumpur. Jumaat (8 Mei) dikhususkan untuk pergerakan bagi mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke kediaman masing-masing.

“Sementara, 9 Mei babitkan pergerakan yang dikhususkan kepada mereka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Pergerakan pada 10 Mei pula untuk mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Buat mereka yang ingin merentasi negeri, boleh membuat permohonan di aplikasi Gerak Malaysia.

Untuk info lanjut, tonton video di bawah:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 May 2018

Daging Dah Mula Mahal Di Kedah?

Antara harga tertinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.

Trending Sat, 23 May 2020
Trending Tue, 17 Sep 2019
Trending Wed, 2 Jan 2019

「灾难级厨师」杰作!恐怖程度让你从此对自己厨艺更有信心

你对自己的厨艺完全绝望了吗?别这样啦,来看看这些网友们的烹饪成果,保证会让你信心大增!

Trending Tue, 19 Dec 2017

Lelaki Berpakaian Perempuan DiLaknat – Da’i Wan

Bimbang dengan aksi remaja lelaki yang berlagak seperti wanita dalam video yang tular di laman sosial.

Trending Thu, 4 Jun 2020

| Live TV