Trending By: Bibi Ramli March 14, 2018 @ 2:11pm

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

Penyanyi Zayn Malik dan model terkenal Gigi Hadid adalah merupakan salah satu pasangan selebriti paling glamour di dunia kini.

Foto: Pascal Le Segretain/Getty Images

Tapi sayang; setelah menjalinkan hubungan selama lebih dua tahun, mereka telah buat keputusan untuk berpisah.

Zayn, 25, dan Gigi, 22 mengesahkan berita sedih ni melalui akaun media sosial mereka semalam, ekoran laporan berita akhbar Britain The Sun tentangnya.

“Seorang sumber yang rapat dengan pasangan ini mendedahkan yang Zayn dan Gigi telah berpisah, tapi mereka masih berkawan rapat dan akan terus memberi sokongan kepada satu sama lain,” The Sun melaporkan.

“Mereka sudah bersama untuk jangka masa yang panjang tapi tuntutan kerja yang sibuk dan tidak menentu sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan mereka.

“Lama-kelamaan mereka mula berjauhan. Mana-mana pasangan pun akan alami perkara yang sama jika mereka berada dalam situasi sebegini.”

Contohnya, baru-baru ni, Zayn yang kini menetap di Los Angeles, telah terbang ke Florida untuk menghadiri sebuah parti sementara Gigi pula sibuk bekerja untuk Paris Fashion Week.

Sebelum ini, Zayn dan Gigi pernah melalui banyak masalah dalam hubungan mereka tapi kali ni, mereka berdua setuju untuk berpisah secara baik.

Bak kata orang putih, no hard feelings. Mungkin mereka akan bersatu kembali suatu hari nanti, siapa tahu?

Zayn, bekas ahli kumpulan One Direction, mula berdating dengan Gigi pada bulan November, 2015, 3 bulan je selepas dia putuskan pertunangannya dengan penyanyi kumpulan Little Mix, Perrie Edwards.

Foto: Splash News

Gigi pula baru je break up dengan penyanyi Amerika Joe Jonas beberapa minggu sebelum tu. Wah!

Foto: AP

Laporan mengatakan Zayn telah berjumpa dengan Gigi di sebuah parti Victoria’s Secret dan terus mengajaknya keluar date pada malam yang sama!

Tak lama lepas tu, mereka dilihat sering keluar bersama, dan Gigi juga telah muncul dalam music video Zayn untuk lagu Pillowtalk pada Januari, 2016.

Mereka berdua juga telah menghadiri acara karpet merah Met Gala, dan menghiasi majalah Vogue pada tahun yang sama. Masa inilah anda boleh nampak betapa “cantiknya” couple ni.

Foto: Splash News

Foto: Facebook Vogue

Pada tahun seterusnya, ada ura-ura mengatakan Zayn dan Gigi akan bertunang. Walaupun itu rumours je, ibu Gigi, Yolanda Hadid, sudah menganggap Zayn sebagai “part of the family”.

Pada masa tu, mereka memang sedang hangat bercinta tapi mereka berdua mempunyai kerjaya yang sibuk. 

Ada seorang peminat mendapat tahu bahawa walaupun Gigi masih follow Zayn di Instagram, Zayn sudahpun unfollow Gigi dan ahli keluarganya. Pantas!

Semalam, di akaun Twitternya, Gigi menulis, “Saya akan sentiasa bersyukur ke atas cinta, masa dan pengajaran hidup yang Z dan saya telah kongsi selama ni.

“Saya akan terus menyokongnya sebagai seorang teman yang saya hormati dan sayangi.”

Zayn pula menulis perkara yang sama menerusi Instagramnya. “Saya berterima kasih kepada peminat kami kerana menghormati keputusan kami serta privasi kami pada waktu ini.”

Haih, tak ada jodoh, nak buat macam mana?

Sumber: The Sun, Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jun 2020
Trending Sat, 10 Mar 2018

Berita Palsu Lebih Mendapat Perhatian Di Twitter

Fenomena penyebaran berita palsu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketika platform berita berginjak ke ruang digital, kredibiliti sesebuah berita yang dilaporkan boleh diragui kesahihannya.

Trending Thu, 8 Feb 2018

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Trending Sat, 8 Jun 2019
Trending Tue, 24 Dec 2019

Netflix Released New TV Series ‘The Witcher’

Is this the new Game Of Thrones?

Trending Wed, 9 May 2018

Grab Bakal Sorok Destinasi Penumpang Dari Driver

Grab Philippines dah mengalaminya , harap di Malaysia tidak akan berlaku sebegini

Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Trending Mon, 12 Mar 2018
Trending Mon, 3 Feb 2020
Trending Thu, 13 Feb 2020

| Live TV