Trending By: SGMS Faida June 30, 2018 @ 11:24am

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Lelaki berusia 41 tahun yang bernikah dengan kanak-kanak berusia 11 tahun memaklumkan pernikahan itu hanya tanda ‘ikat’.

Pernikahan ‘luar biasa’ itu kini hangat dibualkan di laman media sosial dan rata-rata netizen tidak berpuas-hati dengan tindakan lelaki berkenaan.

Tidak berselindung, lelaki yang bekerja sebagai tokey getah itu mengaku menikahi kanak-kanak itu pada 4 Syawal lalu.

“ Saya sudah merujuk kepada orang yang lebih arif di negara jiran sebelum melaksanakan pernikahan.

“Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain,” katanya.

Walaubagaimanapun, lelaki itu memaklumkan isteri ketiganya tidak tinggal bersamanya.

“ Kami sudah berjanji, akan mengambil isteri saya daripada keluarganya apabila dia cukup umur.

“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami,” katanya.

Kisah lelaki 41 tahun yang menikahi kanak-kanak seusia anaknya itu mula hebat diperkatakan apabila isteri keduanya, memuat naik perkongsian di laman sosial Facebook serta foto perkahwinan suaminya.

Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari hasil perkahwinan bersama isteri pertama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Mar 2018

Cinta Neelofa Dan Hans Isaac Berputik Semula? Ini Komen Neelofa

Sejak itu, tiada berita langsung tentang hubungan mereka sampailah Sabtu lepas apabila mereka berdua dilaporkan telah pergi menonton konsert John Legend di Genting Highlands bersama.

Trending Thu, 4 Jan 2018

多数人没有看过的明星合影老照片!

多数人没有看过的明星合影老照片!周润发抱着的人竟是……最后一张更是珍贵,两位时代伟人同台!

Trending Sat, 31 Aug 2019

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Mungkin kena tukar nama kot supaya tak ‘nakal’ lagi

Trending Tue, 22 Jan 2019

办年货「最佳打卡地点」陪家人又可以拍美照

时下超夯办年货的打卡景点!就连主播叶剑锋都拍得疯狂,你又怎能错过呢?

Hiburan Thu, 30 Apr 2020

Legenda Bollywood Rishi Kapoor Meninggal Dunia Di Usia 67 Tahun

Teringat lakonan beliau dalam filem Bobby..

Trending Fri, 25 Oct 2019
Trending Sat, 26 Jan 2019

Gempa bumi di Calayan Filipina, Tangguh Perjalanan Ke Sana

Gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter yang melanda kawasan Calayan di Calagan Filipina

Trending Fri, 20 Sep 2019

Guna Kamera Badan Bakal Tingkat Keberkesanan Tugas – Muhyiddin

Ia bukan bertujuan mencari salah pihak penguatkuasaan sama ada polis, imigresen atau kastam

| Live TV