Trending By: SGMS Enal February 19, 2019 @ 10:43am

Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac

Movie Animation Park Studios (MAPS) akan memperkenalkan sistem berkupon bagi semua tarikan di taman tema itu selain dibenarkan masuk secara percuma untuk semua pengunjung mulai 1 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata menerusi model perniagaan baharu yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), ia merupakan usaha menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara menikmati segala keindahan yang terdapat di taman tema tersebut.

“Taman tema ini dibuka secara percuma bagi orang ramai yang mahu datang beriadah dengan menggunakan fasiliti yang disediakan di sini, namun pengunjung perlu membayar setiap permainan atau menonton persembahan selain boleh mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan di sini.

“Dengan pelaksanaan model baharu ini, ia akan memeriahkan taman tema ini sekali gus menjadi tarikan utama pelancong apabila mereka datang berkunjung ke bandar raya Ipoh,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman strategi perniagaan baharu MAPS yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shafeii Abdul Ghaffor di sini hari ini.

Beliau berkata MAPS juga akan membuka pelbagai lagi tarikan terbaharu untuk memberi banyak pilihan kepada pengunjung yang datang ke situ sekali gus dapat memperhebatkan lagi taman tema itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata MAPS juga bercadang untuk menjadikan taman tema itu sebagai kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Saya sendiri sudah mengadakan perbincangan dengan (pihak pengurusan) PLUS (Lebuh Raya Utara Selatan) mengenai perancangan tersebut namun kajian lebih teliti perlu dilakukan seperti membuat lencongan jalan dan sebagainya kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

“Pihak PLUS juga begitu teruja dengan cadangan tersebut dan kita akan mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam sebelum kita mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Shafeii dalam ucapannya berkata pengunjung boleh menikmati setiap tarikan dengan menggunakan sistem berkupon serendah RM3 serta pihaknya turut menawarkan dua bentuk tiket istimewa iaitu ‘MAPS Pasport’ dan ‘MAPS Infinite Pass’ khusus untuk pengunjung.

“Bagi pembeli tiket ‘MAPS Pasport’ yang berharga RM80, pengunjung boleh menaiki setiap permainan dan tarikan untuk sekali sahaja dengan tempoh sah sehingga 30 hari dari tarikh pembelian manakala ‘MAPS Infinite Pass’ yang bernilai RM145 pula boleh menikmati setiap tarikan seberapa banyak kali yang mereka mahukan dalam tempoh sehari,” katanya.

Shafeii berkata bermula 1 Mac nanti, MAPS akan melaksanakan waktu operasi baharu iaitu setiap Isnin, Selasa dan Khamis akan mula dibuka pada pukul 4 petang hingga 12 tengah malam manakala Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum serta cuti sekolah akan mula beroperasi dari 10 pagi hingga 12 tengah malam dan akan ditutup setiap Rabu.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Nov 2017

Doa Fazura Depan Kaabah

Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura memang satu nama yang tidak asing di kalangan peminat dunia hiburan. Kini nama tersebut makin dikenali semnjak dikaitkan dengan selebriti terkenal Fattah Amin. Meskipun kini berada […]

Trending Fri, 24 Jan 2020

POWER! Nenek Usia 84 Tahun Ini Jadi Bintang Porno Untuk Sara Keluarga

Perkara ini bukan baru di negara matahari terbit tau!

Trending Wed, 20 Feb 2019

Rahsia Kulit Flawless Buat Gadis ini Viral Di Twitter

Perkongsian seorang gadis di laman twitter mengenai rahsia untuk mendapatkan kulit yang licin dan cantik menyebabkan gadis ini menerima sehingga 23,973 likes di Twitter.

Trending Wed, 14 Feb 2018

11 KPOP SONGS FOR ALL SINGLES THIS VALENTINES DAY

Valentine’s Day is the season for lovers to publicly show off their affection. But what about all the single people? Here are some songs to pull you through this day.

Trending Thu, 4 Jan 2018

深夜客厅看电视 抬头惊见「长发人头」

人吓人吓死人!但如果不是人……日前台湾一名林氏网民在社交网站群组《爆废公社》发文,指照片是朋友传给他的,并且对方说自己“不敢睡了!”

Trending Wed, 11 Mar 2020
Trending Wed, 10 Apr 2019

Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Pantai Phuket Boleh Dikenakan Hukuman Mati?

So, lepasni jangan berangan nak selfie bawah kapal terbang lagi okay!

Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!

Trending Tue, 17 Jul 2018

Golongan LGBT Perlu Hak Sama Rata, Jangan Diskriminasi

Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.

| Live TV