Trending By: Salma Syahbuddin August 20, 2018 @ 11:42pm

Media Prima Berhad Raih Anugerah Spark 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad sekali lagi meraih Anugerah Spark 2018 sekaligus mendapat kepujian antara Syarikat Media Terbaik Asia Tenggara.

Kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia iaitu Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) adalah sebahagian daripada Kumpulan Media Prima Berhad yang telah memenangi beberapa penghargaan tertinggi pada Malam Kecemerlangan Anugerah Spark 2018 dengan meraih anugerah Syarikat Media Terbaik dan Jenama Media Media Terbaik pada malam penganugerahan tersebut yang diadakan di Hotel Shangri-La, Singapura baru-baru ini.

Selain merebut anugerah tersebut, RTMP turut menggondol 17 lagi anugerah pada malam bersejarah itu. Antaranya ialah, Kempen Terbaik Pemilik Media, Pasukan Kandungan Terbaik, Pasukan Kerjasama Terbaik, Amplikasi Kandungan Terbaik, Tv Terbaik dan Video Dalam Talian, Promosi Program Terbaik dan Pelancaran serta Pelancaran Terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, beliau sangat gembira melihat RTMP menang besar malam ini kerana
berjaya membawa pulang beberapa anugerah yang berprestij pada malam tersebut.

” Pengiktirafan ini membuktikan bahawa peranan TV masih tiada tandingannya, pengeluaran kandungan berkualiti, keberkesanan iklan dan yang paling penting adalah keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan semua khalayak. Dan, di RTMP kami cuba memanfaatkan sebaiknya kekuatan ini untuk menjadikan saluran TV kami agar menjadi pemacu kandungan yang inovatif. Melalui Anugerah Dinamik yang kami menangi, kami sekaligus dapat membuktikan bahawa TV boleh mengambil alih dan mewujudkan gabungan unik melalui platform penghantaran bagi era digital.”
Jelasnya

Selama tiga dekad, penonton kami tidak kiralah mereka yang berbangsa Melayu mahupun Cina tetap menjadikan rangkaian kami sebagai pilihan utama
mereka bagi mendapatkan sumber info serta memasarkan
pelbagai produk jenama.

Namun menurut Pengarah Jualan, dan Strategi RTMP, Nini Yusof, kejayaan pada malam ini adalah bukti keterujaan, kreativiti, dan ketabahan pasukan komersial dan kandungan kami yang baik dan kukuh.

“Mereka telah melampaui batas-batas konvensional untuk menyampaikan dan mempersembahkan kempen yang kreatif dan didorong oleh wawasan dan berorientasikan hasil dengan sentuhan emosi sehingga berjaya menarik berjuta-juta penonton. Di RTMP juga kami telah membangunkan formula yang berjaya untuk mengoptimumkan kandungan ini dan berharap dapat memanfaatkan kepakaran kami pada masa sekarang sehinggalah masa hadapan.” Katanya

Kempen pemenang RTMP untuk malam tersebut termasuklah #MisiAspirasi Air Asia , Mocha Kau Bahagia untuk McDonalds, GoGo Wonderful, Terima Kasih, GoGegaria, Pentas Anugerah Juara Lagu 32 Bergerak (AJL32), Coke One Brand dengan Dapur Bonda, Bergerak Bersama Pentas AJL untuk Samsung Galaxy A8. Manakala, Big Tree Outdoor pula memenangi 2 anugerah Perak dan Anugerah Gangsa untuk Siri Menara Digital @TTDI. 

Tahniah RTMP!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Mar 2019

「防丧尸」房子看起来很普通!但按钮一按下后……

虽然目前丧尸只有出现在电影里或是游戏中,但恐怖的形象已深植人心,国外就有人因此做出一栋能防止丧尸入侵的房子。

Trending Fri, 21 Jun 2019

Selepas Nepal, Indonesia Pula Haramkan PUBG

Selepas Nepal, Indon pula haramkan PUBG. Dah kenapa?

Trending Fri, 21 Feb 2020
Trending Sun, 19 Nov 2017

Kereta Api Bergerak Awal 20 Saat, Tsukuba Express Mohon Maaf

Tsukuba Express Mohon Maaf keran keretapi berlepas awal 20 saat dari yang dijadualkan

Trending Tue, 28 Jan 2020
Trending Mon, 16 Apr 2018

Check Your Voting Details With SPR’s Mobile Application

Website crashed again? Just use the app lah.

Trending Mon, 14 May 2018

Tumpuan Media Antarabangsa, Rumah Mantan PM Jadi Popular

Hampir 20 pengamal media yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera ‘berkampung’ berhampiran kawasan kawalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunggu sebarang kemungkinan susulan pelbagai dakwaan dan laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Trending Thu, 1 Aug 2019

这些都是鬼节「你可以」做的事!

农历七月,是民间俗称「鬼门关」大开的日子!到底农历七月有哪些是你可以做的事?

Trending Wed, 11 Dec 2019

Wanita Nekad Kahwin Dengan Karpet Kesayangannya

Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

| Live TV