Trending By: SGMS Enal February 11, 2018 @ 6:46am

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Baru-baru ini, secara kebetulan banyak video masalah kejiranan yang tular di laman sosial yang berisiko berlakunya pertumpahan darah kerana ada yang sudah berani menggunakan senjata dalam pertelingkahan dengan jiran.

Pakar Psikologi, Professor Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub berkata, ia sekali gus menunjukkan kelemahan semangat kejiranan dan sebarang unsur ugutan menunjukkan tahap keselamatan rendah di kediaman berkenaan.

Tambahnya lagi, penyelesaian konstruktif perlu dicari selain mengenal pasti punca sebenar sesuatu perkara berlaku.

“Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. Jiran itu mungkin ada televisyen lebih besar atau isu lebih besar yang dipendam sekian lama.

“Perbalahan antara jiran kini ada juga berpunca berlainan parti politik. Masalah antara anak-anak ini mungkin kecil tetapi dibesarkan oleh sikap ibu bapa. Dalam hal ‘makcik samurai’ ini jangan masalah membawa kepada kes kematian.

“Sekarang ini banyak ahli kejiranan suka bergosip serta mengumpat dan dikenali sebagai ‘makcik bawang’. Perbuatan ini seumpama mengadu domba yang boleh menghancurkan keharmonian kejiranan,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

 
Dr Rohaty juga tidak ketinggalan untuk mengulas insiden ibu bapa yang campur tangan dalam pergaduhan anak-anak di Dungun, Terengganu sehingga menggunakan sebilah pedang samurai dalam insiden itu.
 
Menurut laporan, ia berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga klimaksnya pedang samurai dikeluarkan.
 
Dalam pada itu, Dr Rohaty juga menegaskan, semangat jawatankuasa kejiranan seharusnya diperkuatkan kembali dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan isu penduduk.

 

“Selain itu makcik-makcik ini juga harus balik kepada hadis dan sunnah serta mengetahui hasad dengki dan mengumpat ini sesuatu yang mengaibkan.

“Penggunaan senjata seperti samurai ini tidak menyelesai masalah, jika ada kematian pasti ia akan menjadi isu yang lebih memudaratkan,” jelasnya.

Sementara itu, di laman Twitter, netizen menyifatkan tindakan ‘makcik samurai’ adalah keterlaluan dan mungkin membawa kepada akibat dipenjarakan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Trending Mon, 29 Jan 2018

LADY CRASHES CAR INTO STAIRCASE AFTER SEEING COCKROACH IN CAR

Cockroaches are scary as heck, but imagine seeing one right inside your car while driving!

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Urusan Akad Nikah, Sesi Foto Pra Perkahwinan

Berita baik buat pasangan yang ingin berkahwin..

Trending Tue, 17 Mar 2020

Bencana Sosial: Penyebaran COVID-19 Tanda Dunia Nak Kiamat? Ustaz Ini Ada Jawapannya

Usah mempersoalkan dan menyalahkan ramai pihak, sebaliknya kembali kepada Nya..

Trending Tue, 29 Jan 2019

Tampar Tiga Kali! Pembantu Sajat Buat Hal

Wow! Seram nyer boleh tampar-tampar kat public

Trending Thu, 14 Jun 2018

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Trending Mon, 5 Feb 2018

Single Lebih Membahagiakan

Melihat teman sebaya sudah berkeluarga dan bahagia dengan teman hidup masing-masing, hati siapa yang tidak terusik apatah lagi jika diri masih solo tanpa teman yang menemani hari.

Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Trending Wed, 17 Oct 2018

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Youtube server down? Macam tak percaya je

| Live TV