Trending By: SGMS Enal October 9, 2019 @ 2:48pm

Mahkamah Riuh, Murai Batu Berkicau

Ketegangan suasana di Kompleks Mahkamah Sepang hari ini kendur seketika apabila 21 ekor burung murai batu menjadi perhatian petugas dan pengunjung apabila unggas ini berkicau ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen sebagai barang kes perbicaraaan seorang lelaki warga Indonesia.

Lelaki berkenaan, Patrum, 51, dihukum penjara 3 bulan dan denda RM30,000 atau penjara enam bulan atas tuduhan cuba menyeludup 23 ekor burung murai batu melalui penerbangan AirAsia di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini pada kira-kira 3 petang Sabtu lepas.

Antara barang kes yang dibawa adalah sangkar khas yang dibuat dengan mencantum dua buah bakul.

Murai batu atau nama saintifiknya copsychus malabaricus merupakan hidupan liar dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Spesies ini mendapat permintaan tinggi di Indonesia kerana suaranya serta bulunya yang berwarna warni boleh dijual antara RM1,000 sehingga puluhan ribu bergantung kepada kemerduan suara dan kecantikan bulunya.

Dalam rayuannya, Patrum mendakwa dia tidak mengetahui bahawa perbuatan membawa spesies berkenaan keluar dari Malaysia merupakan satu kesalahan.

Patrum yang menggunakan visa pelancong memasuki Malaysia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 60(2) akta berkenaan yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dengan penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Abd Aziz Mohd Yasin manakala Patrum diwakili peguam Zaflee Pakwanteh dan Low Henn Kai.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Dec 2019

We Lovin It! McDonald’s Introduces Brand New Chocolate Oreo Ice Blended

We heard that it taste even better than Starbucks Frappucino…

Trending Tue, 15 Oct 2019

Eliud Kipchoge Pecah Rekod Tamatkan Maraton Selama 2 Jam

Eliud Kipchoge berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila beliau berjaya menamatkan maraton selama dua jam sekaligus memecah rekod peribadi beliau sebagai atlet olimpik Kenya. Acara larian maraton yang diadakan di Vienna pada sabtu lalu itu […]

Trending Sat, 30 Jun 2018

Yang Saya Marah, Dia Kahwin Dengan Kawan Sepermainan Anak Saya…

Namun saya tak sangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia saya boleh terima.

Trending Tue, 19 Dec 2017

Kongsi Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai Milik Arwah Neneknya

Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai . katanya resepi ini milik arwah neneknya gerenti sedap dan pasti nak tambah lagi .. Apa yang menariknya.. jom kita lihat resepi dan cara masaknya.. Kalau dah cuba nanti […]

Trending Wed, 11 Mar 2020
Trending Fri, 15 Jun 2018

Telefon Meletup Punca CEO Maut

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini tular dalam media sosial, mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu dan meletup, mengakibatkan trauma tumpul di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Trending Tue, 11 Sep 2018

| Live TV