Trending By: SGMS Enal November 19, 2018 @ 12:57pm

Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua Di Kanada

Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final.

Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.

 

Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Mar 2019

Bacaan Surah Al-Baqarah, Iringi Para Syuhada Tragedi Christchurch Buat Ramai Sebak

Terasa sebak pula bila menghayati terjemahan dari Surah Al-Baqarah ni. Semoga perjalanan para syuhadah kita memberi 1001 makna buat kita

Trending Thu, 8 Mar 2018

Terkena Tempias Kawan Baik, Rita Rudaini Putus Sahabat Dengan Izreen Asminda? Betul Ke?

Gara-gara status ‘KB’ kepada pelakon Izreen Asmindar atau dalam ungkapan penuhnya kawan baik , aktres jelita tinggi lampai, Rita Rudaini (Rita), tidak semena-mena menjadi mangsa kecaman netizen yang melepaskan kemarahan mereka terhadap Izreen yang dikatakan punca utama sekaligus mempengaruhi keputusan  suaminya, Ude untuk menceraikan isteri pertama, Intan.
 
Rimas dengan tempias kontroversi yang menimpanya, Rita khabarnya mengambil langkah  menjarakkan seketika dirinya dengan Izreen, apatah lagi, sebelum ini pernah berpesan kepada Izreen banyak kemungkinan bakal dihadapi jika berkahwin dengan suami orang

Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Trending Mon, 28 May 2018

Cayalah! ‘Spiderman’ Benar Wujud Di Kota Paris

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Trending Tue, 7 Apr 2020

Lebih 4 Juta Pekerja Dapat Manfaat Dalam Pakej Prihatin Tambahan PKS!

Alhamdulillah, sama-sama kita manfaatkan dengan sebaiknya.

Trending Wed, 18 Mar 2020

[TERKINI] Covid-19 Kian Mengganas! Namun Gaji Pekerja Wajib Dibayar Walaupun…

Jadi, jangan panik gais! Semuanya untuk keselamatan kita bersama

| Live TV