Trending By: Salma Syahbuddin April 7, 2020 @ 9:00am

Jangan Ambil Mudah! Covid-19 Mampu Berjangkit Sehingga Generasi Ke-5

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang masuk hari ke-20 hari ini turut mendapat perhatian apabila hasil siasatan mendapati terdapat beberapa kes kluster Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, perhimpunan besar-besaran sememangnya memberi impak yang besar dan mendadak dalam peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Sumber : Google

Ini kerana, KKM ingin memaklumkan mengenai dua kes kluster yang didapati ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

“Pertama, persidangan keagamaan di gereja selama tiga hari yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Setakat ini, seramai 83 orang disahkan positif Covid-19 daripada kluster ini membabitkan dua kematian (kes ke-358 dan kes ke-2471), lima kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), 50 kes sedang dirawat di hospital dan 25 kes dibawah pemerhatian pusat kuarantin dan satu kes discaj telah pulih sepenuhnya.

Sumber : Google

“Kedua, majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana merupakan satu kluster jangkitan Covid-19 yang kemudiannya membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. Sehingga 6 April, 88 kes telah disahkan positif Covid-19 daripada kluster ini, termasuk satu kes dirawat ICU.

“Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini. Kedua-dua kluster ini membabitkan jangkitan Covid-19 sehingga generasi ke-5,” Jelasnya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu adalah bertepatan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 khususnya di Malaysia.

Sumber : Google

“Walau bagaimanapun setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha mengekang Covid-19 ini berjaya

Oleh itu, masyarakat diminta untuk mengelak dari mana-mana pesakit atau kumpulan ynag dikaitkan dengan kluster jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Feb 2018

Pasangan Jual Semua Harta Untuk Beli Bot Namun

Pasangan Jual Semua Harta Untuk Beli Bot Namun Karam Sebelum Sempat Belayar Mengelilingi Dunia

Trending Wed, 18 Mar 2020

45 Individu Jalani Ujian Pertama Vaksin Covid-19

Semoga penawar Covid-19 dapatlah dihasilkan dengan kadar paling segera

Trending Fri, 12 Jul 2019
Trending Wed, 3 Jun 2020
Trending Mon, 16 Apr 2018

Chinese Woman Becomes Beggar Because She’s “Too Pretty to Work”

She proudly stated that she is healthy but does not want to work anyways.

Trending Tue, 12 Jun 2018

爸妈没出过国 女儿画了「史上最强出入境攻略」

对于英文不好,又从来没有出过国的人来说,第一次出国是很麻烦的事情,特别是出入境的时候。

Trending Mon, 20 Apr 2020
Trending Sat, 25 Jan 2020
Trending Wed, 29 Jan 2020
Trending Sun, 29 Sep 2019

Kerana Buli Menang Tuntutan RM616,634.20

Kesian di buli hingga menyebabkan hilang pendengaran sebelah kanan

| Live TV