Trending By: SGMS Faida March 26, 2018 @ 10:03am

Haruan Makan Anak! Gadis OKU Mangsa Rogol Bapa Sendiri

Sering tidak hadir ke sekolah menjawab segala rahsia seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam menjadi mangsa nafsu serakan bapanya sendiri sejak dua tahun lalu!

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Raub Selamat berkata, mangsa berusia 14 tahun yang tinggal bersama bapanya berusia 50 tahun di sekitar Segamat, didapati sering tidak hadir ke sekolah menyebabkan pihak sekolah menghubungi kakaknya yang masih belajar di sekolah sama.

Katanya, kakak mangsa berusia 19 tahun, yang tinggal di rumah sama, tidak menyedari adiknya sering tidak hadir ke sekolah.

Sebaik dihubungi pihak sekolah, kakaknya pulang ke rumah bagi memeriksa sebelum terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

“Pihak pentadbiran sekolah menghubungi kakak mangsa selepas bapa kandung mangsa yang turut dihubungi tidak memberi kerjasama bagi membantu masalah kedatangan sekolah mangsa.

“Kira-kira 2 petang pada 20 Mac lalu, kakak mangsa yang berada di sekolah, dimaklumkan mengenai keadaan adiknya menyebabkannya dia terus pulang bagi memeriksa sendiri keadaan adiknya sebelum terkejut apabila melihat bapa mereka sedang menindih badan adiknya di bilik mangsa,” katanya.

Tambah beliau lagi, kakak mangsa kemudian bertindak membuat laporan di balai polis sekitar Segamat, kira-kira 4 petang pada hari yang sama sebelum bapa mereka berjaya ditahan polis kira-kira 1 pagi keesokannya.

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berstatus duda selepas kematian isteri sejak beberapa tahun lalu disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram.

Raub berkata, mangsa kemudiannya diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Segamat serta laporan awal mendapati terdapat koyakkan lama dan baharu di bahagian alat sulitnya.

“Siasatan turut mendapati perlakuan itu berlaku terutamanya waktu pagi sejak dua tahun lalu di dalam kediaman keluarga mangsa, tanpa pengetahuan kakak mangsa yang pergi ke sekolah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Oct 2018
Trending Thu, 18 Jul 2019

Penerima Ijazah Kelas Pertama Ini Sanggup Kerja Sambilan Sebagai Tukang Cuci, Bawa Ibu Bapa Ke UK

Korang rasa hadiah apa yang korang dah bagi kat ibu bapa korang? Hurmmm.

Trending Thu, 29 Aug 2019

Siap Gali Kubur Sebelah Kubur Ibu, Dah Kenapa?

“Pekerjaan Saya Di Bumi Dah Selesai,” Siap Gali Kubur Sebelah Kubur Ibu, Tak Sabar Menanti Mati

Trending Fri, 14 Dec 2018
Trending Tue, 5 May 2020
Trending Thu, 5 Dec 2019

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar

Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Trending Mon, 11 Mar 2019

大马荣誉头衔你知道几个?原来Dato和Datuk是有区别的!

许多人经常听到Dato和Datuk等的头衔,甚至有很多人还搞不懂,经常会将两者混淆;其实一点都不难分……

Trending Mon, 1 Jun 2020

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera

Trending Fri, 4 May 2018

Desakan Kemiskinan, Makin Ramai Bayi Perempuan Dibunuh!

Ramai ibu bapa percayakan bomoh hingga sanggup membunuh anak mereka. Tapi ramai juga membuat keputusan membunuh bayi mereka kerana terlalu miskin dan kelahiran bayi itu dianggap menyusahkan mereka…

Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

| Live TV