Trending By: SGMS Enal January 12, 2019 @ 6:58am

Harga Minyak Turun Lagi

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Jan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (12-18 Jan)  adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk​​​​​​​ petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik, merupakan inisiatif baharu kerajaan Pakatan Harapan demi melindungi kepentingan golongan B40 yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Had harga minyak ini akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Mulai 5 Jan lepas, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan secara mingguan apabila harga runcit bagi produk petrol RON97 diturunkan pada paras RM2.23 seliter manakala harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter dan harga runcit bagi produk diesel diturunkan pada paras RM2.04 seliter.

Bagi minggu-minggu yang seterusnya, harga runcit akan diselaraskan semula mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula APM.

— BERNAMA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 18 Nov 2017

Iqram Tak Kesah Dikecam

Siapa tak kenal Iqram Dinzly? Kemunculan jejaka ini serinkali mendapat perhatian netizen yang seolah-olah bersedia untuk mengkritik setiap pergerakaannya. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia menerima apa sahaja kecaman tetapi terkilan apabila dikatakan jahil […]

Trending Mon, 14 Oct 2019
Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Wed, 17 Jun 2020
Trending Mon, 9 Apr 2018

儿灿笑收「苹果手机」开箱秒变眼神死

英国苏格兰喜剧演员希南(Joe Heenan)日前送儿子「苹果手机」当作复活节礼物,让他露出灿烂的笑容,没想到这居然是老爸用来恶作剧的道具,让儿子瞬间「眼神死」。

Trending Wed, 6 May 2020
Trending Tue, 10 Apr 2018

Employers are NOT Required to Give Employees Day Off on May 9th

So, does this mean we need to take an annual leave to vote?

Trending Thu, 16 Apr 2020
Trending Sun, 28 Jan 2018

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik

‘Laksa Pendek’ yang didapati menggunakan asid benzoik boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.

| Live TV