Trending By: SGMS Enal January 14, 2019 @ 1:13pm

Hanya Kerana Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Di Gantung

Dua pekerja syarikat telekomunikasi Huawei di China didenda selepas mereka didakwa membuat ucapan selamat tahun baru di laman Twitter menggunakan peranti iPhone.

Pekerja di bahagian pemasaran digital itu memuat naik ucapan di laman twitter rasmi Huawei Teknologi pada 31 Disember yang lalu menggunakan peranti keluaran Apple itu dan membuatkan satu nota “Twitter for iPhone” muncul di bahagian bawah mesej tersebut.

Image result for Huawei worker tweet using iphone

Bagaimanapun, pihak Huawei segera memadam Tweet itu selepas mereka menyedari kesilapan yang berlaku.

Khamis lalu, tindakan disiplin telah dikenakan kepada dua orang pekerja terlibat selepas pihak Huawei memutuskan mereka untuk bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.

Kedua-dua pekerja itu diturunkan pangkat dan dipotong gaji bulanan mereka dengan serta merta.

Dalam kenyataan Huawei, kesilapan berlaku kerana pekerja tidak dapat membuat ucapan menggunakan komputer kerana mengalami kerosakkan pada jaringan internet sebelum pekerja tersebut mengambil keputusan untuk menggunakan telefon bimbit jenis iPhone.

Syarikat Huawei bagaimanapun bukanlah syarikat telekomunikasi pertama yang membuat kesilapan memuat naik mesej menggunakan peranti jenama lain tetapi syarikat gergasi Samsung juga melakukan kesilapan sebegini berulang kali.

Sumber: South China Morning Post

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Nov 2019

Dapur Kaca Meletup Sewaktu Tunggu Ikan Rebus Siap

Dapoq meletup, selalu dok tengok dalam Facebook ja

Trending Mon, 24 Sep 2018
Trending Thu, 11 Jul 2019
Trending Thu, 11 Jun 2020
Trending Mon, 8 Oct 2018

唐老鸭84岁生日周边商品满出来!

今年9月6日正是唐老鸭的84岁生日,迪士尼因此推出众多周边商品,绒毛抱枕到录音带行动电源,至今都还买得到唷!

Trending Mon, 30 Dec 2019
Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Trending Sat, 5 May 2018

Bergaduh ‘Rebut’ Isteri Orang, Lelaki Maut Ditetak!

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati suspek dan isterinya berdua-duaan di situ sebelum berlaku pergaduhan!

| Live TV