Trending By: Yanie Baharom March 15, 2018 @ 5:19pm

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja dalam kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Video berdurasi 2.21 minit yang dimuat naik menerusi akaun Facebook peribadi miliknya menjadi viral dengan jumlah shares 102,451, sekaligus membuatkan Arsy panas punggung apabila kecaman bertubi-tubi diterimanya sejak semalam. 

Ramai yang kecewa dan mempersoalkan tindakan Asry, yang dengan bangganya mengakui hidangan makan tengahari sedang dinikmatinya itu adalah daging khinzir.

Wanita lengkap bertudung dan dipercayai merupakan seorang warga Indonesia itu dilihat menyantap penuh berselera daging babi yang dimasak dengan kicap dan bahan tumisan lain.

“Hello, Assalammualaikum. Saya sedang makan ni, lapar. Saya tumis daging babi. Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya empuk dan tidak keras.

“Saya masak dengan kicap. Rasanya masam, manis dan pedas. Sedap sangat! Saya makan bersama-sama roti,” katanya pada permulaan video.

Wanita itu dipercayai sedang bekerja di Hong Kong dan terpaksa makan daging babi kerana dalam keadaan ‘darurat’. Dia juga mengatakan bahawa keadaan di negara bukan Islam itu yang memaksa dirinya dan rakan-rakan lain untuk menjamah daging babi sebagai sumber protein harian mereka.

“Sebenarnya, jika sesiapa yang pernah bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura berkata dia tidak pernah makan daging babi, dia sebenarnya menipu. Mereka cuma tidak mahu mengaku.

“Mengapa perlu tipu? Mengaku sajalah! Daging babi enak. Malah, daging babi lebih enak (daripada daging lain).

“Kalau daging lembu dan kambing kan perlu diletakkan pelbagai rempah-ratus dan santan, tetapi daging babi tidak.

“Ini saya cuma campurkan halia, kicap masin, garam dan gula. Itu saja! Mudah.

“Perlu diambil kira keadaan kami di sini. Jadi jangan malu kita makan daging babi. Sama saja.

“Malah orang Cina kan umurnya panjang-panjang. Selepas bersalin, kemalangan atau sakit kan diberi makan babi dan dijadikan ubat.

“Daging babi di sini tidak seperti di Indonesia. Di sini penternakannya bersih dan babinya tidak diberi makan sembarangan, jadi ianya organik.

“Jangan diingatkan rupa babi yang buruk tu semasa makan kerana sama sahaja dengan daging lembu dan kambing. Malah, daging lembu dan kambing berbau hamis tetapi daging babi tidak,” katanya penuh lahap.

Video itu kini sedang tular di laman sosial Indonesia yang menerima kritikan hebat daripada masyarakat negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia itu.

Gara-gara tidak tahan agaknya dengan tekanan diberikan Umat Islam di negaranya juga seluruh dunia, Asry membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya, pagi ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Feb 2020
Trending Tue, 22 May 2018

Cuaca Panas Luar Biasa, 65 Maut Di Pakistan

Lebih meresahkan, orang Islam yang sedang menjalani ibadah puasa Ramadan dilihat ternanti-nanti waktu berbuka puasa kerana cuaca panas luar biasa itu amat mencabar buat mereka.

Trending Wed, 25 Jul 2018

怕新郎太紧张 新娘竟变成「老婆的哥哥」

结婚是一对新人生命当中最重要的事,因此大家都会尽量严肃对待,就是不希望出现任何的差错。可是当这位紧张万分的新郎转头准备迎接自己的美娇娘时,发现来的竟然是自己的大舅,这到底是怎么回事?

Trending Tue, 2 Jun 2020

KPT Rangka Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian IPT

Semoga ada berita gembira buat semua pelajar

Trending Sun, 13 May 2018

婚礼拍成鬼片风!PS神人挑战都败退

相信许多人在结婚、举办婚礼时,都会请专人来拍照留下回忆,但若是找来的人技术不佳,看见成果可能就会想吐血了……

Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Trending Sat, 8 Jun 2019
Trending Tue, 8 Jan 2019

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini, Pelancong Asing Turut Terlibat

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Wed, 18 Mar 2020

[TERKINI] Covid-19 Kian Mengganas! Namun Gaji Pekerja Wajib Dibayar Walaupun…

Jadi, jangan panik gais! Semuanya untuk keselamatan kita bersama

| Live TV