Trending By: SGMS Faida May 31, 2018 @ 7:18am

Fuh…Setengah Juta Peminjam PTPTN Boleh Tarik Nafas Lega!

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik umum hampir 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat-peringkat sejak 24 Mei lepas dan dijangka selesai 15 Jun ini.

Berdasarkan laporan, lebih satu juta peminjam telah disenarai hitam sejak 2000 namun 655,000 orang yang telah membuat bayaran dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa sebelum ini.

“Saya jangka semua urusan yang berkaitan akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun. Maka dengan itu saya percaya bahawa janji yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di sini, Khamis.

Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam  yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Mengenai janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, Maszlee berkata pihak kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik termasuk mekanisme pelaksanaan bagi  menunaikan janji itu.

“Saya akan membuat pengumuman sewajarnya apabila tiba masanya nanti, sebelum berakhir tempoh 100 hari pertama (Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan),” katanya.

Maszlee berkata, kementerian telah menubuhkan sebuah kumpulan untuk mengkaji dengan teliti cara terbaik bagi melaksanakan janji tersebut dalam tempoh 100 hari dengan tidak menggadaikan kepentingan rakyat lain yang turut diberi keutamaan oleh kerajaan.

“Jadi kita harap peminjam PTPTN dapat terus membayar hutang mereka dan dapat bersabar. Berikan kami waktu untuk membuat kajian dan perincian,” katanya.

Mengenai diskaun bayaran balik PTPTN yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu, Wan Ahmad berkata ia masih dilaksanakan bagi mereka yang masih berhasrat untuk membayar pinjaman masing-masing.

Diskaun PTPTN ialah 20 peratus untuk bayaran penuh, 10 peratus untuk bayaran 50 peratus sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran  balik melalui potongan gaji atau debit terus.  

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa induk pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berkaitan dengan kementerian tersebut.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan semua anggota pengurusan tertinggi kementerian dengan bahagian dasar sektor pengajian asas dan pengajian tinggi akan bertindak sebagai urusetia.

“Saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa ini dan saya akan memanggil mesyuarat pertama pada minggu hadapan,” katanya.

Ditanya pengiktirafan kepada Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) yang turut terkandung dalam manifesto PH, Maszlee berkata, perkara itu akan turut dibincangkan oleh jawatankuasa tersebut.

“Sebahagian daripada usaha kami, kami akan berjumpa dengan pihak berkepentingan yang terlibat  (termasuk pihak persatuan),” katanya.

Mengenai Program PERMATA yang dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu, Maszlee berkata, kementerian telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi membincangkan perkara itu.

Sumber: BH Online

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Trending Fri, 20 Dec 2019
Trending Thu, 30 Nov 2017

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol, Katanya Mangsa 16 tahun Lakukan Seks Atas Kerelaan

Trending Sun, 7 Jun 2020
Trending Wed, 4 Dec 2019

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur mohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa sengaja

Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

Trending Mon, 2 Dec 2019
Trending Tue, 17 Sep 2019

7 Things You Can Do At Home Because You Don’t Have Any Other Choice Except Staying Indoors; Darn You Haze!

Did you know that Malaysia actually has four seasons? Yup, they are monsoon, dengue, durian and HAZE!

Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

| Live TV