Trending By: SGMS Enal November 3, 2019 @ 11:31am

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Tekad mengubah nasibnya yang pernah menjadi pengutip sampah dan bergelumang dengan bau busuk sisa buangan, Mohamad Azlan Al Amin kini bergelar seorang usahawan berjaya.

Berkongsi kisahnya, Mohamad Azlan, 32, berkata beliau menjadi pengutip sampah di sebuah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada tahun 2005.

“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM, tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga.

“Oleh kerana kemiskinan dan keluarga kami pernah dibanci sebagai yang paling miskin di Kampung Tok Raja, Besut, saya tekad untuk mengubah nasib saya dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), hari ini.

Buku itu dilancarkan oleh Ketua Pengarah PNM, Maizan Ismail.

Mohamad Azlan berkata pada 2010, selepas usaha pertanian dijalankan tidak berhasil, beliau nekad keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan di sekitar bandar Jertih dengan hanya berbekalkan wang berjumlah RM1.30.

Katanya, beliau kemudian berjumpa dengan seorang individu yang menawarkannya bekerja sebagai ejen hartanah dan daripada situ, ia menjadi titik tolak kejayaannya kini.

Disamping itu, Peneraju Syarikat Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd berkenaan berkata amalan bersedekah, rajin beribadah serta menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapa juga menjadi kunci kepada kejayaannya.

“Jadikan kemiskinan itu sebagai motivasi dan kekayaan itu sebagai inspirasi, apabila memperoleh rezeki kita perlu berbuat kebajikan dengan hidup berbakti kepada semua.

“Ketika kesempitan, kita jangan lupa beribadah dan bersedekah, dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dan menghargai pengorbanan ibu bapa kerana merekalah yang turut memberkati dan merestui rezeki kita,” kata anak keenam daripada 21 adik beradik itu.

Dalam pada itu, Mohamad Azlan berharap buku terbitan Syarikat Maleq Rezki Interprise berkenaan dapat memberi inspirasi kepada anak muda yang dibelenggu kemiskinan dan kesusahan untuk membina kejayaan menerusi kisah benar perjalanan hidupnya. — BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Jul 2019

Gara-gara Telefon Bimbit, Adik Sanggup Kelar Dan Sumbat Abang Kandung Dalam Beg Plastik

Dimanakah silapnya? Adakah silap datangnya dari ibu bapa atau, pengaruh sekeliling?

Trending Tue, 7 Aug 2018

Horrid Bomoh Enslaved and Had Sex With 12-Year-Old Girl for 15 Years!

He had sex with her many times since she was kidnapped.

Trending Tue, 13 Aug 2019

8月13日!今天是「国际左撇子日」

8月13日是国际左撇子日(International Left Handers Day)是全世界所有左撇子的节日。

Trending Wed, 17 Oct 2018

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Youtube server down? Macam tak percaya je

Trending Thu, 16 Aug 2018

《延禧攻略》富察皇后跳舞发型大歪楼

《延禧攻略》红到不追好像很不应该!剧中富察皇后不对称的发髻,就连演皇后的秦岚都自己在微博上写「小猪佩奇(佩佩猪)同款」,笑喷众人。

Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Tue, 7 Jan 2020
Trending Tue, 11 Jun 2019

不是突变!天然「蓝蕉​​」世界罕见

你也许看过黄香蕉、绿香蕉、短短的芭蕉,但是你有看过「蓝色香蕉」吗?

Trending Mon, 6 Apr 2020

Siapa Sangka, Penderma Plasma Darah Pertama Ini Adalah Bekas Pesakit Covid-19

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam memerangi Covid-19

Trending Tue, 6 Aug 2019

Insiden Bom Di Bangkok, Siapakah Suspek Utama?

Insiden Bom Di Bangkok Suspek Pernah Lawat Malaysia

| Live TV