Trending By: Del14 September 25, 2019 @ 10:43am

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Sejak sukan luncur ombak terpilih sebagai salah satu sukan yang ditawarkan di acara SUKAN SEA 2019 yang akan berlangsung di Manila akhir tahun, nampaknya semakin rancak peluncur-peluncur ombak yang terpilih mewakili Malaysia berentap di negara luar.  Mamat 30 tahun dan Didaqt 24 tahun, kedua-duanya berasal dari Kampung Cherating, Pahang ditaja penuh oleh syarikat persendirian pengurusan atlet dan penganjur acara sukan ekstrim, Safari Xtreme Sports & Events atau lebih dikenali sebagai Safari X untuk bertanding di Arugam Bay, Sri Lanka.  Acara yang dianjurkan oleh World Surf League (WSL) ini merupakan siri kelayakan bertaraf dunia yang turut disertai oleh peluncur-peluncur dari seluruh dunia.

Baru-baru ini Mamat dan Didaqt bersama-sama rakan luncur ombak lainnya di tim Safari X telah bertanding di India di mana Didaqt telah mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat ketiga di acara tersebut.  Pengalaman seperti ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi mereka di SUKAN SEA nanti.

Baca: Anak Muda Kg Cherating Menang Luncur Ombak di India 

Nampaknya mereka yang terpilih untuk mewakili negara untuk pertama kalinya di acara sukan luncur ombak ini sungguh berkobar-kobar semangatnya.  Selain mempersiapkan diri dengan meningkatkan tahap kemahiran mereka, peluncur-peluncur ombak ini juga berharap agar pengalaman berentap melawan peluncur-peluncur ombak pro dari negara-negara terkenal seperti Australia, Brazil, dan selainnya ini, dapat memantapkan lagi kekuatan mental mereka.  Ini merupakan persediaan yang amat penting dalam menghadapi mana-mana pertandingan.

Sudah tentu tekanan untuk membawa pulang pingat di SUKAN SEA nanti merupakan harapan kelima-lima peserta yang terpilih mewakili Malaysia ini yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang peluncur wanita, kesemuanya berasal dari Pahang.  Salah seorang peluncur wanita tersebut baru berumur 16 tahun dan ditemui melalui acara yang dianjurkan oleh Safari X di Cherating dengan sokongan padu Tourism Pahang.

Baca: Tahniah! Ilham, Alia Erika Pemenang Pencarian SAFARI GROM

Masih ramai yang tidak tahu bahawa negeri Pahang sebenarnya banyak melahirkan peluncur-peluncur ombak yang berpotensi tinggi.  Semoga anak-anak muda ini dapat pergi lebih jauh dan terus mengharumkan nama negara.  Selain Safari X, dan jenama terkenal Rip Curl masing-masing juga memberi penajaan dari segi pakaian sebagai tanda sokongan.  Mari kita sama-sama doakan Mamat dan Didaqt!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Sun, 9 Sep 2018

Video Kononnya Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta

Pengguna Facebook telah memuat naik video menjumpai sebuah kereta model Alza dengan dua orang kanak-kanak didalamnya yang masing-masing tidak berbaju.  Individu tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan orang tuanya di kawasan perindustrian di Lembah Klang. […]

Trending Thu, 29 Nov 2018

Mana Pergi Sifat Kemanusiaan Bila Orang Utan Ini Dijadikan ‘Pelacur’

Kesiannya, sanggup pelaku haiwan ini menggunakan orang utan sebagai sumber pendapatan beliau?

Trending Sun, 23 Jun 2019
Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Trending Wed, 7 Mar 2018

流浪汉「超励志爱情故事」别再自暴自弃了!

爱情总是发生得又快又急,让你还来不及顾及对方的现实因素,就已经被名为「爱情」的龙捲风给捲了进去。而在我们羡慕那些梦幻到不行的童话故事前,这样的爱情也降临在作家Emmy Abrahamson和Vic Kocula身上。

Trending Fri, 19 Jan 2018

Sosial Media Punca Kes Cerai, Pasangan di Terengganu Mendahului Carta…

Penggunaan media sosial secara meluas menjadi salah satu pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai.

| Live TV