Trending By: SGMS Enal December 21, 2017 @ 3:15pm

Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen

Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita selaku manusia perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan olehNya.

Sesetengah hamba akan mengalami kesukaran dalam menerima rezeki, namun ada hamba yang akan menerima rezeki tanpa disangka-sangka. Itu semua sudah tertulis. Rezeki yang tidak penah dijangka merupakan kebesaran yang maha berkuasa dalam mengatur perancanagan Nya yang begitu indah.

Wan Mohd Hafiz telah berkongsi kisah yang menyentuh hati, sehinggakan ada netizen yang mengalirkan air mata selepas membaca kisah ini. Walaupun sedikit yang dihulurkan tapi amat besar nikmatnya kepada yang menerima. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada semua.

Semalam, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar, depan aku ada 3 orang. Depan skali ada makcik, berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, sedang mengeluarkan duit. Dia letak sekeping duit 5 ringgit, syilling segadang atas kaunter, kemudian dengan muka serba salah dia cakap dengan pekerja itu.

“Dik, kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen.”

Pekerja tu hanya memandang slow pada makcik.

“Erm…lagi 20 sen tak ada ke cik?” soalan yang kelihatan janggal berserta serba salah bertanyakan soalan tersebut.

Makcik cuma geleng kepala “Tak ada dik, makcik ada itu saje.”

Tiba-tiba, out of the blue, mat motor belakang makcik itu letak RM10 yang ada di tangan dia ke kaunter then cakap dengan pekerja tersebut “Nah, ini 10, campur 9 ringgit 80 sen makcik itu jadi 19.80.”

 Makcik itu sangat terkejut dan mukanya terharu habis. Mat moto itu cuma senyum saja.

“Tak apa cik, rezeki lebih, 20 sen saya tak ada, 10 ringgit saya ada lebih,” katanya membuatkan makcik itu mengalir air mata.

Jadi aku ingat dah selesai, tapi tiba-tiba lelaki di belakang seluk tangan dalam poket jeans dia keluarkan 20 sen dan letak atas kaunter.

“Ini 20 sen cukup kan yang tak cukup tu,” kemudian dia amik lagi beberapa keping duit dari dompetnya dan letak atas kaunter.

“Tambah lagi 30 ringgit ini cukupkan 50, minyak kancil 50 boleh tahan lama sikit cik.”

Makcik itu sudah tidak mampu menahan dan matanya sudah berair.

“Terima kasih anak, terima kasih anak, syukur Ya Allah,” sambil berjalan ke pam.

It was amazing, beyond miracle. Dalam kereta air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu, sebab beberapa malam sebelum, aku mengadap isteri aku sambil mengadu “Dalam 4 bulan habis ranap RM30.000. Susahnya, rezeki kurang menjadi la nampaknya.”

Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi Alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat.

Syukur, terima kasih Allah.

Sumber – Wan Mohd Hafiz

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 2 Sep 2018

33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat

Penutupan 33 klinik berkenaan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk

Trending Fri, 10 May 2019

#SetulusIkhlas : Lumpuh Otak, Tapi Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Semoga kita mengambil iktibar dengan kebolehan adik Naja!

Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.

Trending Thu, 13 Sep 2018

近视者眼中世界很美!看什么都朦胧

Philip Barlow就擅长绘出近视者眼中的朦胧世界,不仅让近视者深感认同,连视力良好的人都想感受一下朦胧美到底是什么样子的!

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Trending Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Thu, 30 Apr 2020

Legenda Bollywood Rishi Kapoor Meninggal Dunia Di Usia 67 Tahun

Teringat lakonan beliau dalam filem Bobby..

Trending Mon, 3 Feb 2020

Netizen Dedah Kisah Sebenar Disebalik Mayat Lelaki Yang Ditemui Di Sebuah Rumah Bersama Sekeping Nota ‘Misteri’

Rupanya ada ‘kisah seram’di sebalik penemuan mayat lelaki di Tg Karang ni..

Trending Mon, 5 Feb 2018

Single Lebih Membahagiakan

Melihat teman sebaya sudah berkeluarga dan bahagia dengan teman hidup masing-masing, hati siapa yang tidak terusik apatah lagi jika diri masih solo tanpa teman yang menemani hari.

Trending Tue, 7 Aug 2018

Horrid Bomoh Enslaved and Had Sex With 12-Year-Old Girl for 15 Years!

He had sex with her many times since she was kidnapped.

| Live TV