Trending By: Attiqah Mohd April 6, 2020 @ 3:02pm

Dari Anak Flat Kini Beliau Sertai Saintis Dunia Perangi Covid-19. Semangat Juang Dr Noorhisham Sentuh Hati Netizen..

Dalam menghadapi penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, apakah kita sedar pengorbanan seorang wira yang sebenar?

Saban hari beliau muncul di kaca televisyen untuk menjawab setiap pertanyaan. Beliau berani memimpin jentera frontliners memerangi musuh yang tidak dilihat.

Beliau masih tenang menjawab pertanyaan walaupun diasak pelbagai persoalan. Masih kental menangkis dakwaan yang tidak benar sekaligus menenangkan hati rakyat yang dilanda kegusaran.

Di sebalik air mukanya yang tenang, siapa sangka kehidupan sebenar Datuk Dr Noorhisham Bin Abdullah dipenuhi dengan liku dan perih sewaktu kecil.

Kesusahan hidup sejak kecil, dibesarkan di kawasan perumahan flat

Sewaktu kecil, Datuk Dr Noorhisham dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana, beliau dibesarkan di kawasan perumahan flat di Loke Yew. Keluarga Datuk Dr Noorhisham juga bukanlah daripada keluarga yang berada, beliau terpaksa berdepan dengan penceraian kedua ibu bapanya .

Ibunya bekerja sebagai seorang cleaner dan bertungkus lumus menyara hidupnya bersama adik beradiknya yang lain.

Perseverance- resipi kejayaan sebenar

Kesusahan hidup tidak mematahkan semangat beliau malah beliau kekal berjuang dalam hidup. Sewaktu ditanya apakah cabaran yang paling yang berat bertugas sebagai houseman, dengan tenangnya beliau menjawab “Perseverance”.

Mungkin itulah juga sebab beliau berjaya menjadi pakar bedah Endokrin dan melanjutkan pelajaran di universiti di Sydney dan Adelaide, Australia. Semangat juang yang membara dalam diri beliau kini membuahkan hasil apabila beliau berjaya menempah nama Malaysia di peringkat antarabangsa dan dipilih untuk menyertai saintis dunia memerangi wabak COVID-19.

Kami mengucapkan sekalung tahniah dan bangga dengan kejayaan beliau. Beliau merupakan lambang “unsung heroes” yang sejati!

Sumber: Medissaclinic Instagram


| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jul 2019

Pemimpin Parti Jadi Dalang Video Semburit Haziq

Pemimpin Parti Politik dikenal pasti menjadi dalang melakukan pakatan jahat merakam dan menyebar video hubungan songsang dikaitkan dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lagi lelaki.

Trending Thu, 15 Aug 2019
Trending Tue, 29 Oct 2019

Wanita Terkejut Lukisan ‘Biasa’ Tersorok Di Dapur Milik Pelukis Agung Itali

Jom kita tengok tengok lukisan yang ada di rumah mana tahu ada ‘tuah’

Trending Wed, 19 Feb 2020
Trending Mon, 26 Aug 2019

This New Technology Platform by EFFRO Just Revolutionized Malaysian’s Events Industry!

A breathe of fresh air in the nation’s events hiring industry!

Trending Mon, 8 Jul 2019

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Keadilan buat Zulfarhan Osman bakal diketahui 31 Julai ini

Trending Wed, 15 May 2019

Biadap! Remaja Bersikap Kurang Ajar Tolak Motosikal Pak Cik Tua Kini Viral Di Twitter

Kurang ajar! Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada ayah kita sendiri..

Trending Wed, 22 Aug 2018

当新郎看见新娘披上白纱的瞬间!摄影师拍下感人的一刻

当男人对心爱的女人许下终生,看到她穿上白纱的那刻,会是惊喜?感动?还是开心的说不出话来?

| Live TV