Trending By: Syafiqa Irdina March 20, 2020 @ 10:20am

“Bantu Kami, 4000 Jemaah Tabligh Masih Belum Serah Diri” – Menteri Kanan Pertahanan Rayu Individu Terlibat Sukarela Jalani Saringan

Susulan penularan wabak Koronavirus atau COVID-19 yang melanda negara ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 18 Mac yang lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 20 Mac jam 9 pagi hari ini, sebanyak 900 kes positif COVID-19 dan daripada pertambahan 110 kes, sebanyak 63 berkaitan dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling. 

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media semalam telah merayu kepada  4,000 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, supaya ‘menyerah diri’ untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan berdekatan bagi mengetahui status terkini kesihatan mereka.

“Setakat ini seramai 4,000 tabligh yang menyertai perhimpunan itu lagi tidak dapat dikesan. Polis akan diminta untuk mengesan kumpulan ini yang masih belum tampil buat saringan.

“Saya juga minta kumpulan ini supaya datang ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan tanpa perlu dicari polis,” katanya dalam sidang media khas, semalam.

 

 

Rakyat Malaysia Yang Pulang Dari Perhimpunan Tabligh Indonesia Akan Dikuarantin

Dalam sidang media sama, beliau juga mengesahkan 89 rakyat Malaysia menyertai perhimpunan tabligh antarabangsa di Indonesia sudah dikenal pasti dan kini akan dipantau kepulangan mereka ke tanah air kelak.

Katanya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kumpulan yang menghadiri perhimpunan itu akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang sudah ditetapkan.

“Mereka (peserta tabligh) tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang kerana ke luar negara sebelum perintah kawalan pergerakan dikeluarkan kerajaan cuma kepulangan mereka nanti akan dipantau supaya dapat dikuarantin.

“Selain itu, kerajaan juga akan menjalankan proses kuarantin terhadap rakyat Malaysia dari luar negara yang pulang ke tanah air agar mereka juga dikuarantin supaya pemantauan lanjut dapat dilakukan,” katanya.

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Menteri

Selain itu, bagi menyelaraskan peranan dan tindakan kementerian terbabit dalam isu Covid-19, kerajaan juga sudah menubuhkan jawatankuasa khas menteri yang dianggotai 19 menteri selain dibantu Ketua Setiausaha Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara dan Ketua Setiausaha kementerian berkaitan.

Sekali lagi diingatkan, supaya setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus. Jangan bersikap penting diri kerana akibat seorang, yang lain turut menjadi mangsa!

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

Sumber: Harian Metro

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Trending Sun, 11 Nov 2018

Air Minuman Jenama Tempatan Yang Diimport Dari Malaysia Ditarik Balik

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

Trending Wed, 21 Nov 2018

日本麦当劳推「超Q」薯条饮料提篮!

说到日本就一定会跟「限定」扯上边!日本麦当劳今年冬天不仅推出了许多限定餐点,还与Sanrio三丽鸥及TOMY PLARAIL铁道王国合作,推出了超实用的饮料提篮!

Trending Wed, 21 Nov 2018

E-Cigarettes and Vapes are 95% Safer Than Cigarettes

So it’s actually better to move onto these electronic devices rather than smoke those old school sticks…

Trending Wed, 10 Jun 2020
Trending Thu, 6 Dec 2018

Harimau Malaya Mara ke FINAL Piala AFF

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya!

Trending Sun, 2 Jun 2019

5 Video Iklan Raya Ni Confirm Buat Korang Tak Sabar Nak Balik Beraya Kat Kampung!

Ada yang sedih, ada yang mencuit hati. Jom layan 5 iklan raya paling EPIK tahun ni!

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Trending Mon, 2 Mar 2020

[VIRAL] Sentap Kena Game Dengan Abang, Adik Comel Lempar Kon Ais Krim Sebab Frust Menonggeng

Kononnya abang nak tunjuk bakat jual ais krim Turki, tapi benda lain pulak jadinya.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

| Live TV