Trending By: SGMS Faida March 30, 2018 @ 9:28am

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Lain orang lain ragamnya! Kebiasaanya bakal pengantin akan sibuk mempersiapkan diri melakukan persiapan akhir jika sebulan lagi nak naik pelamin, lain pula bagi lelaki ini.

Pelik tapi benar, bakal pengantin berusia 27 tahun ini ditangkap selepas didapati menyamun seorang wanita dua minggu lalu!

Muhammad Azali Mehat, 27 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan berikut namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Tertuduh didakwa meragut beg tangan seorang wanita berusia 52 tahun yang  mengandungi beg duit, MyKad, pasport, lesen memandu, kad insurans dan dua kad bank milik mangsa.

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 12.40 tengah hari di Jalan Melaka Baru, Taman Melaka Baru dalam Daerah Melaka Tengah pada 15 Mac lalu.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim momohon jaminan tidak dibenarkan dengan mengambil kira jenayah dilakukan adalah serius,

Namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara beliau mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM12,000 berserta syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh kemudian membayar jaminan tersebut.

Tarikh 27 April depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Nov 2019

Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya

hanya kerana udang, lelaki ini maut selepas 3 hari tidak sedarkan diri

Trending Sun, 24 Feb 2019

美貌不过就是张皮囊!怪诞「鲜肉」照挑战你的审美观

在超市购买盒装的肉品时,你是不是也会拿起来审视一下肉的颜色是否鲜红,咦?这样「挑肉」是不是有点像我们在上传自拍照时,总会拍个N百次……

Trending Wed, 5 Dec 2018

OMG! Tragedi Cas Telefon Sambil Pakai Earphone Berulang Lagi

Tidak sangka hanya kerana gemar mendengar lagu menggunakan earfon maut

Trending Fri, 31 Jan 2020
Program TV Mon, 18 May 2020
Trending Tue, 17 Mar 2020

Sepi Dan Kosong! Foto-Foto Bandar Yang Mula Kosong Akibat Covid-19

PERTUBUHAN KESIHATAN DUNIA (WHO) secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa wabak Covid-19 yang kian menular saat ini merupakan satu virus global. Apa yang lebih menyedihkan dan membimbangkan pada waktu ini, kes Covid19 yang telah tercatat […]

| Live TV