Trending By: SGMS Enal October 31, 2019 @ 12:08pm

Ah Cheng Laksa Tak Halal, Ini Penjelasan JAKIM

Baru-baru ini tular dakwaan rangkaian restoran francais laksa terkenal di Selangor dan Kuala Lumpur mencampurkan darah khinzir di dalam hidangan mereka.

Terkenal dengan laksanya yang lazat, berita ini telah menimbulkan kegusaran pelanggan beragama Islam sama ada mereka yang pernah makan mahupun baru berhajat untuk menjamu selera di restoran tersebut.

Berikutan kerisauan terhadap status halal restoran Ah Cheng Laksa, Bahagian Hab Halal JAKIM telah tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan itu;

“Media sosial Halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Walau bagaimanapun, Central Kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Kredit: Facebook Ah Cheng Laksa

Pensijilan halal yang diperolehi oleh Central Kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih.

“Yakini Halal Malaysia”

Sumber: Bahagian Hab Halal JAKIM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Apr 2020
Trending Thu, 14 May 2020

Berita Tular Tentang Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM

Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab ye.

Trending Sun, 3 Nov 2019

“Sweet, Simple, Elegance,” Wan Azizah Bangga Dengan Hasil Kerja Tangan Komuniti Di Sabah

hasil kerja yang dilakukan oleh komuniti masyarakat Nabawan, Sipitang dan Keningau

Trending Thu, 19 Mar 2020

“Kelakar Betul La!,”-Netizen Terhibur Lee Chong Wei Beri Pesanan Cara Hadapi Kawalan Pergerakan

BEKAS jaguh badminton Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei bertindak menasihati rakyat Malaysia tentang cara menghadapi kawalan pergerakan bagi mencegah penularan wabak covid-19. Perkara ini disampaikan oleh Lee Chong Wei menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di […]

Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Trending Tue, 10 Apr 2018

10件「情侣日常」甜到让人融化

因为相爱而在一起的情侣,在日常生活中,会不经意有许多「充满爱」的甜蜜动作,自己觉得没什么,但却会闪瞎旁人!

Trending Tue, 27 Feb 2018

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

Logik tak logik tetapi inilah yang berlaku dimana pasangan ini sanggup membelanjakan RM2,000 ungtuk merasai hidangan pelik di sebuah restoran antara terbaik di dunia

Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

| Live TV