TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:49pm

Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong

Menerusi pengumuman yang dibuat pada laman Facebook rasmi Mi Malaysia, syarikat gergasi dari China itu kini melangkah setapak lagi dengan penyenaraian di dalam Bursa Saham Hong Kong.

Sejak diasaskan 10 tahun lalu, Xiaomi telah mengecapi pelbagai kejayaan, dari sebuah syarikat internet dan telefon pintar kepada pembuat pelbagai barangan termasuk perkakasan rumah pintar.

Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, Mi Malaysia bakal mengadakan satu promosi bermula hari ini, 9 Julai 2018sehingga 31 Julai 2018, yang mana ia melibatkan model Redmi Note 5, peranti dilengkapi tetapan dwi kamera yang cukup ampuh dalam kelasnya.

Promosi yang disebutkan adalah;

  1. Setiap pembelian Redmi Note 5 (64GB), pembeli akan menerima Mi Powerbank 2 yang bernilai RM69 secara percuma.
  2. Setiap pembelian Redmi Note 5 (32GB), pembeli boleh menerima potongan sebanyak 50% untuk membeli Mi Powerbank 2 (RM34.50)
  3. Mi Band 2 pada harga promosi iaitu RM88 (harga jualan RM119).

Tidak cukup dengan itu, Mi Malaysia turut mengadakan satu pertandingan “The Camera Beast” dimana pemilik Redmi Note 5 boleh mengetengahkan bakat mereka dalam mengambil gambar.

Pertandingan ini juga akan mula berjalan pada tarikh yang sama iaitu 9 Julai 2018 dan tamat pada 31 Julai 2018.

Hadiah menarik menanti pemenang seperti Mi Band 2, Powerbank 2, dan juga Mi Selfie Stick.  8 orang peserta dengan gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Cara untuk memasuki pertandingan ini mudah sahaja, ambil gambar mengikut kreativiti anda, muat naik ke Facebook serta Instagram dan jangan lupa sertakan tanda pagar#ShotOnRedmiNote5.

Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos hadapan. Tidak terhad kepada hadiah sahaja, pemenang juga akan dijemput ke acara fotografi yang diserta jurugambar antarabangsa Mars Khor juga social media influencerJeii Pong.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 18 May 2019

Muslim Pro Malaysia Aplikasi Popular di bulan Ramadan ini

Kecanggihan teknologi mudah alih itu boleh dimanfaatkan pengguna dalam melakukan ibadah.

TECH Fri, 28 Dec 2018

Cara Simpan Instagram Stories Orang Lain di Android

Jika anda ingin menyimpannya pada telefon pintar Android, anda memerlukan aplikasi pihak ketiga, contohnya Story Saver for Instagram.

TECH Sat, 9 Feb 2019

Cara Install Google Current Pada Android Smartphone

Aplikasi yang memudahkan lagi pembaca untuk mengikuti perkembangan terkini sesebuah laman web ataupun blog yang mereka minat!

TECH Sat, 1 Sep 2018

Facebook新功能开放用户靠影音赚钱了!

经一年在美国市场推出后,Facebook宣布旗下影音服务Facebook Watch正式在全球推出!

Events Thu, 31 Jan 2019
TECH Thu, 29 Aug 2019

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Jom guna cara ini mana tahu cepat nanti cas

TECH Tue, 17 Jul 2018

Rebut Peluang Beli ZenFone Max Pro Pada Harga RM1

Asus melalui promosi RM1 Frenzy bakal menawarkan 20 unit bank kuasa ZenPower Slim dan 10 unit ZenFone Max Pro pada harga RM1. Ini berikutan kejayaan gedung rasmi dalam talian Asus Malaysia di Lazada yang berjaya memperoleh pengikut sebanyak lebih dari 12,000 […]

TECH Sat, 19 Jan 2019

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

TECH Sun, 26 Nov 2017

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda? Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pertama sekali muat turun […]

TECH Wed, 8 Aug 2018

Tukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Jika anda bosan dengan paparan Iphone anda yang sedia ada,cubalah cara ini.

| Live TV