TECH By: SGMS Putri January 9, 2018 @ 3:11pm

Tips Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Ramai yang mengadu tidak tahu bagaimana untuk “View Image” kerana sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna melihat imej yang dikehendaki sahaja tanpa masuk ke laman sesawang asal imej tersebut. Namun, butang itu terpaksa dikeluarkan oleh pihak Google atas dasar perjanjian mereka bersama pembekal stok imej, Getty.

Perkara ini nampak seakan tidak penting, tetapi ia sebenarnya memberi kesan yang agak besar kepada pengguna. Ini kerana sesetengah pengguna perlu melihat imej secara jelas sebelum menggunakan atau menyimpan imej berkenaan. Dan tanpa butang ‘View Image’ itu, mereka terpaksa untuk klik pada butang ‘Visit’ dan masuk dahulu ke laman sesawang asal imej berkenaan untuk melihat imej tersebut pada saiz penuh.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Kami akan tunjukkan cara untuk kembalikan butang View Image tersebut kepada anda. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memasang satu extension di Google Chrome yang dinamakan sempena butang tersebut, iaitu View Image. Extension ini telah dibangunkankan oleh Joshua B dan ia adalah percuma.

Selepas selesai muat turun dan pasang extension ini, anda akan mendapati bahawa butang View Image ini akan kembali muncul pada carian imej anda. Dengan adanya butang ini, anda akan dapat melihat imej yang diingini terus melalui laman Google Images tanpa perlu masuk ke mana-mana laman sesawang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

TECH Fri, 3 May 2019

Jangan Runsing Pilih Kedai Makan, ‘Popular Dishes’ Sedia Membantu!

‘Popular Dishes’ masih belum ditawarkan buat masa ini dan hanya boleh dinikmati melalui aplikasi Google Maps

TECH Fri, 13 Jul 2018

Xiaomi Mi 8 Explorer Terima Kelulusan TENAA, Bakal Dilancarkan Ke Pasaran Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan ke pasaran kira-kira dua bulan yang lepas dan telah terjual lebih dari satu juta unit setakat hari ini. Ini dibantu oleh populariti Xiaomi sebagai pengeluar yang mampu menyediakan peranti dengan spesifikasi terkini […]

TECH Wed, 18 Jul 2018

Rusia Miliki Kapal Angkasa Terpantas Di Dunia

Progress 70, sebuah kapal angkasa kargo buatan Rusia dilapor sebagai kapal angkasa paling laju didunia ketika ini. Hanya mengambil masa kurang dari empat jam untuk tiba ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Progress 70 berlepas dari […]

Automobile Fri, 16 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN!

Harga tersebut di atas  berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 15 Februari lalu sehingga 21 Februari 2018 jam 11.59 malam.

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Thu, 16 May 2019

如同哈利波特的魔法世界!会飞的台灯

如同哈利波特的魔法世界!会飞的台灯Flying Drone Lamp跟随、照亮主人的每一步~

TECH Sat, 6 Oct 2018

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Adakah anda memerlukan ‘extra storage’ untuk telefon bimbit anda? Kami ada cara untuk menukarkan kad micro sd anda daripada ‘external storage’ kepada ‘internal storage’.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Potongan Harga Sebanyak RM400 Untuk Huawei Mate 10 Pro

Hampir 8 bulan berada di pasaran Malaysia, harga jualan Huawei Mate 10 Pro dikemaskini dengan penurunan sebanyak RM400. Mula didagangkan pada tanda harga RM3099, peranti dengan skrin paparan 6 inci itu kini boleh dimiliki hanya pada nilai […]

TECH Sun, 26 Aug 2018

Matikan Windows Defender Pada Windows 10 Secara Sementara Atau Kekal

Kepada anda yang sudah menggunakan perisian anti virus luar, berkemungkinan akan ada konflik sekiranya terdapat dua perisian anti virus dalam satu PC.

| Live TV