TECH By: SGMS Fas February 13, 2018 @ 3:45pm

TELEFON BIMBIT: 5 PANDUAN HARUS TAHU

Selain daripada kemudahan berkomunikasi memiliki sebuah telefon pintar sebenarnya amat bermanfaat. Ada 5 panduan penting yang barangkali tidak ramai tahu betapa alat peranti ini amat berguna pada waktu kecemasan.

Berikut panduan yang mungkin boleh membantu anda jika berada pada situasi yang memerlukan tindakan pantas.

  1. Perkhidmatan Kecemasan

Tahu kah anda nombor kecemasan seluruh dunia dalam semua telefon bimbit adalah 112. Sekiranya berada di satu kawasan yang tiada signal, hanya dail 112 bagi  membolehkan peranti anda  mencari-cari network yang tepat untuk mendapatkan nombor kecemasan. Menariknya nombor 112 ini boleh di dail walau pun pad kekunci terkunci. Kaedah ini berfungsi untuk semua telefon bimbit seluruh dunia malah  servisnya percuma.

  1. Tertinggal kunci  dalam kereta berkunci?

Perkara ini sering terjadi kadang-kadang kan? Bila dah tutup pintu baharu sedar kunci ‘remote’ tertinggal di dalam. Aduh! Macam mana nak buat kan?

Jangan bimbang. Ada penyelesaiannya!

Katakanlah kunci pendua tertinggal di rumah. Anda perlu telefon sesiapa di rumah melalui telefon bimbit mereka daripada telefon bimbit anda. Pegang telefon bimbit anda kira-kira satu kaki daripada pintu kereta kemudian suruh sesiapa  yang dalam talian itu menekan butang buka kunci dekat dengan telefon bimbitnya. Cara ini kunci kereta anda akan terbuka secara otomatik.  Tadaa! Pintu dah boleh dibuka. Masa pun jimat.

Sebenarnya, jarak jauh bukanlah satu halangan. Anda boleh berada beribu batu sekali pun ia berkesan. Cubalah!

Gambar hiasan: www.vikebladet.no

  1. Bateri telefon ‘flat’? Kong habis!

Untuk pengetahuan, semua telefon bimbit mempunyai kuasa bateri yang terselindung. Bagi mengaktifkannya, hanya perlu dail *3370#. Lakukan ini apabila telefon hampir nak mati dan percaya atau tidak, ia akan hidup seketika malah  memperlihatkan hayat bateri meningkat 50%. Kadar bateri rizab ini akan recaj apabila telefon bimbit itu dicaj kemudian.

Sebenarnya ‘rahsia’ ini ada tertulis di dalam kebanyakan manual telefon, cuma khalayak sahaja yang terlepas pandang membacanya.

  1. Melumpuhkan telefon bimbit yang dicuri!

Untuk memeriksa nombor siri telefon bimbit, anda cuma perlu tekan *#06# bagi mendapatkan akses kod 15 digit. Salinkan kod tersebut dan simpan di tempat selamat. Apabila telefon bimbit hilang atau dicuri, anda hanya perlu menelefon pusat perkhidmatan talian berkenaan untuk memberikan kod tersebut. Dengan kod itu mereka boleh blok telefon bimbit berkenaan. Ini bermakna jika kad sim ditukarkan sekali pun telefon bimbit itu masih tidak boleh berfungsi mengakibatkan si pencuri gagal menjualkannya sekali pun.

Jika semua pengguna  mempraktikkan kaedah ini  nescaya kes kecurian telefon bimbit akan berkurangan. Sebenarnya, panduan ini  ada tertulis di dalam manual dan sekali lagi umum terlepas pandang atau malas untuk membaca kandungannya.

Gambar hiasan: sidomi.com

  1. Elak rompakan di mesin ATM.

Ini paling terbaik untuk diingat! Sekiranya  dipaksa oleh perompak untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM, anda masih boleh berhubung dengan pihak polis tanpa mereka sedari. Bagaimana?

Anda cuma perlu menekan nombor pin cara terbalik. Contohnya, sekiranya nombor pin adalah 1234, anda harus menekan 4321. Dengan cara itu, sistem mesin ATM berkenaan akan mengesan  nombor terbalik tersebut daripada kad ATM yang dimasukkan ke dalam mesin. Walaupun, pengeluaran wang akan tetap berlaku tetapi tanpa diketahui perompak, pihak polis telah dimaklumkan untuk ke lokasi kejadian.

Semua mesin ATM sebenarnya dilengkapi sistem kecemasan begini mengikut undang-undang. Cuma silapnya kita yang tidak!

Pendekata, kesemua lima panduan di atas pernah diterbitkan oleh Crime Stoppers  namun tidak ramai yang mengendah atau sedar mengenainya.

Berguna tak you all rasa? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 2 Dec 2018

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Mari kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Kualiti Kamera DSLR Pada Telefon Pintar Menjelang Tahun Hadapan

Sony telah membawa satu berita baik bagi mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar baru-baru ini. Sony mengumumkan mereka sedang dalam proses menghasilkan sensor kamera 48-megapiksel yang akan dijangka akan digunapakai pada peranti telefon pintar seawal […]

TECH Fri, 16 Aug 2019

Aplikasi BabyCam Bantu Pantau Bayi Yang Sedang Tidur

Sebagai seorang ibu, tugas di rumah tidak pernahnya sudah. Lagi-lagi kalau ada bayi kecil pastinya tidak menang tangan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Pasti sekejap-sekejap keluar mengintai untuk lihat si kecil menangis atau terjatuh kerana takut […]

TECH Tue, 8 May 2018

有了这种纸质电子书材料「会动的报纸」不再是梦!

还记得哈利波特里面那份配图会动的《预言家日报》吗?现在它们可能要成真了。

TECH Sun, 18 Nov 2018

Cara Cari Maklumat Objek Hanya dengan Gambar

Pernah keliru mencari apa nama objek di sekeliling kita? Permohonan berikut akan membantu anda mencari jawapannya.

TECH Sat, 20 Oct 2018

Bagaimana Baca Mesej WhatsApp Dihapus oleh Pengirim pada Android

Dengan cara ini anda boleh melihat mesej WhatApps yang telah dihapuskan dengan begitu sahaja

TECH Sat, 9 Mar 2019

Tips Cas Bateri Phone Dengan Cepat!

Bila bateri telefon makin kurang pasti mencari cara untuk mengecas dengan cepat (supercharging).

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

TECH Sat, 23 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Kepada pengguna Andorid, berikut kami kongsikan cara – cara untuk membaikpulih ralat yang terjadi sekiranya proses muat turun pada Google Playstore tidak dapat dilakukan.

| Live TV