Tech News By: SGMS Putri May 6, 2018 @ 1:48pm

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Hampir semua orang suka atau setidak-tidaknya tahu tentang permainan video. Malah kebanyakkan daripada kita membesar dengan permainan video, tidak kiralah apa jenis platform sekalipun; TV mahupun komputer.

Syarikat-syarikat pengeluar permainan video saban tahun bersusah-payah memikirkan idea-idea menarik untuk diketengahkan, kemudian dibangunkan menjadi permainan yang menjadi kegilaan ramai.

Disebalik itu semua, mungkin ada beberapa perkara menarik yang mungkin ada diantara anda semua tidak pernah tahu.

Nak tahu?

Jom lihat 7 perkara menarik tentang permainan video di bawah:

1. Pokemon diinspirasikan daripada rama-rama

Satoshi Tajiri merupakan pencipta kepada siri permainan terkenal, Pokemon. Sewaktu kecil, beliau suka mengumpul ulat bulu dan menunggu ia bertukar menjadi seekor rama-rama.

Dari situ kita boleh lihat faktor yang mempengaruhi evolusi setiap pokemon didalam permainan. Contoh: Caterpie -> Metapod -> Butterfree

2. Nama sebenar karakter Lara Croft adalah Laura Cruz

Antara permainan video terkenal yang diadaptasi menjadi sebuah filem yang dilakonkan oleh aktress jelita, Angelina Jolie.

Perkara yang menarik mengenai permainan Tomb Rider adalah, pada awal pembikinan nama karakter wanita itu adalah Laura Cruz.

Selain itu, saiz dada karakter yang agak besar adalah disebabkan kesalahan pereka karakter itu sendiri. Beliau mahu menambah ukuran sebanyak 50% tetapi kesilapan pada pengaturcaraan, ia bertukar kepada 150%. Wowww!

3. Mario gunakan tangan untuk pecahkan bata, bukan kepala

Ramai yang tidak tahu bahawa Mario sebenarnya menggunakan tangan untuk memecahkan batu-bata ketika melompat, bukan kepala!

Sebab selalu orang sebut, “haa Mario tanduk sekali”

4. Assassin’s Creed adalah versi Spin-Off Prince of Persia

Ia merupakan siri permainan paling berjaya keluaran syarikat Ubisoft. Tapi tahukah anda ia sebenarnya dirancang untuk menjadi versi spin-off  kepada siri permainan yang lain, Prince of Persia.

Pada awalnya permainan ini dinamakan dengan Prince of Persia: Assassins, mengisahkan tentang seorang pembunuh wanita yang ditugaskan untuk melindungi putera.

Namun idea tersebut ditolak oleh Ubisoft dan kemudian ditukar menjadi Assassin’s Creed…and the rest is history.

 

5. Devil May Cry sebenarnya Resident Evil…..versi gagal

Pada permulaan Devil May Cry dibangun berlatarbelakangkan permainan Resident Evil 4. Jalan ceritanya tentang seorang lelaki bernama Tony yang mempunyai kekuatan luar biasa.

Kemudian, latarbelakang itu diubah kepada tema Gothic dan ia dianggap telah tersasar jauh daripada siri Resident Evil. Dari situlah muncul permainan Devil May Cry yang anda mainkan hari ini.

6. Permainan pertama dimainkan di angkasa lepas adalah…..

Tetris! Permainan yang sudah menjangkau 30 tahun lebih itu merupakan permainan pertama dimainkan di angkasa lepas.

Pada tahun 1993, angkasawan dari Rusia, Aleksandr A. Serebrov telah berlepas menuju ke Stesen Angkasa MIR dengan membawa sebuah Game Boy dan juga katrij permainan Tetris.

Selepas 197 hari, beliau pulang ke bumi dan permainan itu dilelong pada harga $1,220.

7. Obama guna 18 permainan video untuk kempen pilihanraya

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Sewaktu pilihanraya Presiden, beliau telah menempatkan iklan kempen didalam 18 jenis permainan video.

Ini merupakan kali pertama iklan kempen pilihanraya presiden diletakkan pada permainan video yang menyasarkan pemuda berumur 18-34 tahun. 

Sekarang, cuba kongsikan di rang komen, permainan video apakah yang anda suka?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Mar 2019

「防丧尸」房子看起来很普通!但按钮一按下后……

虽然目前丧尸只有出现在电影里或是游戏中,但恐怖的形象已深植人心,国外就有人因此做出一栋能防止丧尸入侵的房子。

Trending Tue, 26 Dec 2017

8岁罕见疾病男孩为生命在奔跑「最年轻铁人三项挑战者」

在这个“瘦等于美”的扭曲审美观世界,许多人几乎将“胖”视为一种原罪,认为胖的人就是好吃懒做,无法对自己的人生负责任。但肥胖难道真的就像是外界所想的,是无法对人生负责任的一种态度吗?

Trending Sat, 17 Mar 2018

Stor HKL Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Alhamdulillah…Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib.

TECH Tue, 5 Dec 2017

Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Hampir setiap peranti pintar menggunakan kabel USB. Kabel USB sememangnya sinonim dengan kita, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang didominasikan oleh pelbagai jenis peranti pintar. Namun tahukah anda terdapat pelbagai jenis kabel USB dengan pelbagai fungsi yang tersendiri […]

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.

Trending Wed, 22 Jan 2020
Trending Thu, 23 Apr 2020
TECH Fri, 17 Nov 2017

Cara Cegah Virus Pada PC Tanpa Menggunakan Sebarang Aplikasi

Artikel ini khusus untuk anda yang suka muat turun bahan-bahan daripada internet, sama ada dalam bentuk video, aplikasi dan lain-lain. Tahukah anda bahawa aktiviti memuat turun sebenarnya dalah sangat merbahaya ? Ini  kerana terdapat pelbagai jenis virus […]

Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

| Live TV