TECH By: SGMS Enal November 9, 2019 @ 9:35am

Sony Pilih Malaysia Buka Studio Pertama Di Asia Tenggara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) untuk mewujudkan studio Asia Tenggara pertama di Malaysia tahun depan bagi syarikat utama industri permainan video global itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kerjasama itu merupakan pengiktirafan besar terhadap Malaysia sebagai nadi industri permainan video di rantau ini.

“Dengan penubuhan studio itu, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan SIE WWS untuk mencipta lebih banyak peluang untuk industri permainan video tempatan dan rantau ini.

“Kita bersama akan berusaha memajukan kumpulan bakat di Malaysia selain mengadakan perkongsian dengan rakan kongsi pendidikan tempatan,” katanya semasa berucap di Level Up KL 2019 di sini, hari ini.

Level Up KL 2019 merupakan acara industri utama Asia Tenggara bagi pembangun permainan video anjuran Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).

Gobind berkata kerjasama dengan SIE WWS bertujuan memastikan pertumbuhan pesat industri permainan video di negara ini dapat disokong.

Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Malaysia Sdn Bhd (SIE WWS Malaysia) akan menyediakan perkhidmatan hasil seni dan animasi sebagai sebahagian aktiviti SIE WWS bagi membangunkan judul eksklusif global bagi platform PlayStation.

Gobind juga berkata Dasar Ekosistem Kreatif Digital (DICE) baharu yang akan menumpukan pengukuhan industri kandungan digital akan dilaksanakan tahun depan.

“Dasar baharu ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan industri kandungan digital menerusi usaha yang ditetapkan untuk menarik lebih banyak pelaburan, tempatan dan asing dalam membangunkan dan meningkatkan syarikat dan bakat tempatan,” katanya.

DICE juga bertujuan memantapkan ekosistem kandungan digital dan membolehkan lagi kemajuan penyelidikan pasaran serta pembangunan kandungan baharu serta pada masa sama meningkatkan potensi eksport produksi berkenaan.

Dari segi eksport, Gobind berkata menurut Laporan Industri Tahunan dan Sukuan MSC Malaysia, eksport permainan video meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 118 peratus kepada RM681 juta bagi tempoh 2014 hingga 2018.

Landskap domestik juga mempunyai 53 studio dengan kebanyakannya membangunkan permainan video tempatan dan mencipta harta intelek selain membimbing bakat untuk projek tempatan dan antarabangsa, katanya.

“Tidak dinafikan lagi industri ini kini menjadi pemacu penting bagi ekonomi digital kita.

“Selain itu, menjadi penekanan utama seterusnya adalah ramai anak muda kita amat berminat, dari segi pilihan kerjaya,” katanya.

Acara tahunan Level Up KL merupakan sebahagian mandat MDEC untuk menerajui ekonomi digital Malaysia menerusi pertumbuhan industri permainan video negara.

Matlamatnya adalah mewujudkan platform untuk pemain permainan video, pembangun permainan video, korporat dan e-sukan, bagi membolehkan semua pihak memanfaatkan pasaran hiburan terbesar itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi utama Malaysia.

Level Up KL 2019 berlangsung dari 2 hingga 10 Nov ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti dari dan untuk industri permainan video Asia Tenggara serta orang ramai.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 19 Sep 2019

3 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Pernahkah anda tahu bahawa kita boleh mengesan “laptop” kita yang dicuri?

TECH Wed, 10 Oct 2018

Cara Merakam Paparan Pada PC Menggunakan Power Point

Kepada anda yang teringin untuk masukkan rakaman pada “skrin” PC ke dalam “slide presentation” Power Point, tidak perlu bersusah payah memasang aplikasi tambahan.ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Fri, 13 Jul 2018

Blackmagic eGPU Tambah Sentuhan Magis Kepada MacBook Pro

Seiring dengan pelancaran MacBook Pro 2018 oleh Apple Inc., mereka juga menambah satu lagi perkakasan yang boleh membuatkan MacBook Pro sedia ada lebih berkuasa daripada biasa. Blackmagic eGPU, sebuah unit pemprosesan grafik yang boleh digunakan bersama-sama dengan […]

TECH Mon, 21 May 2018
TECH Sat, 13 Jul 2019

Cara Cepat Membuat Pelekat WhatsApp Menggunakan Imej Sendiri

Dengan cara ini, anda boleh membuat pelekat WhatsApp menggunakan imej anda sendiri dengan masa penciptaan yang lebih pantas.

TECH Tue, 18 Sep 2018
TECH Sun, 2 Dec 2018

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Mari kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya.

TECH Sun, 12 May 2019

Cara Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

Kami kongsikan 2 yang boleh dicuba untuk menyembunyikan aplikasi daripada dilihat oleh pihak ketiga.

TECH Fri, 20 Jul 2018

Kementerian Pertahanan Malaysia Larang Warga ATM Guna Tik Tok

Tik Tok adalah aplikasi video pendek yang semakin menjadi perhatian ramai ketika ini dan popularitinya melonjak naik lebih-lebih lagi dirantau Asia. Walaupun ia sekadar hiburan bagi si pengguna, namun Kementerian Pertahanan Malaysia melihat ia membawa […]

TECH Mon, 13 Jan 2020

| Live TV