TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:26pm

Samsung Galaxy S10 Versi Bajet Bakal Hadir Tanpa Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Samsung pernah dilaporkan bercadang untuk memperkenalkan tiga versi berbeza bagi peranti premium mereka, Galaxy S10 kelak. Versi yang digembar-gemburkan ialah Galaxy S10, S10+ dan sebuah lagi versi Galaxy S10 yang lebih mampu milik.

Terdapat juga laporan yang menyatakan peranti mampu milik berkenaan akan hadir dengan beberapa fungsi dan ciri premium yang ada pada dua lagi versi yang lain. Namun, menurut the Bellperanti itu dikatakan tidak akan mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin.

Mereka terpaksa menggunakan pengimbas cap jari yang diletakkan pada sisi belakang peranti, sama seperti yang digunakan model Moto Z3 Play dan peranti Sony terdahulu. Tindakan itu perlu diambil bagi mengurangkan kos penghasilan peranti. Sebelum ini, terdapat juga ura-ura mengatakan peranti ini tidak akan menggunakan skrin dwi-lengkung.

Sistem pengimbas cap jari dalam skrin ini dibekalkan oleh Qualcomm dengan harga $15(~RM 64) seunit berbanding sistem pengimbas terdahulu yang berharga $2(~RM 8) seunit. Ia sekaligus menjadikan sistem berkenaan tujuh kali lebih mahal.

Samsung Galaxy S10 mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan. Samsung dikatakan ingin mengikut jejak langkah Apple untuk memperkenalkan tiga versi pada satu siri keluaran yang sama. Apple dilaporkan akan melancarkan tiga model iPhone pada tahun ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 16 Nov 2018

铲屎官注意!英团队推自动猫砂清理机Footloose

目前全球约有6亿只家猫,说这是「猫奴」世代也不为过。但猫主人都知道清理猫砂盘很费时,针对这个问题,英国新创团队研发出「 智慧猫砂盒—Footloose」,人们只需定时补充猫砂和丢弃底部的垃圾袋即可。

TECH Mon, 22 Jul 2019

Google PlayStore Gagal Berfungsi? Cuba Ini

Adakah salah satu langkah ini berjaya menyelesaikan masalah anda atau anda lakukan dengan cara yang lain?

Events Mon, 5 Aug 2019

Artificially Intellect Robot by A&S will Magically Clean Your House with its Futuristic Innovation!

Easy peasy, lemon squeezy! Cleaning your house now doesn’t even require you to move a single inch! WOW!

TECH Fri, 26 Jul 2019

Ini Cara Padamkan “Watch History” !!!

Untuk pengetahuan anda, YouTube menyimpan senarai video yang telah ditonton dan ini cara untuk memadamkannya.

TECH Fri, 19 Jan 2018

Pindah Tab Butang Tutup di Firefox

Ingin mengubah konfigurasi ‘Firefox’ anda?Bacalah artikel ini.

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

TECH Thu, 14 Dec 2017

Tips Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Pasti ramai di antara kita yang pernah hilang telefon pintar mahupun peranti pintar yang lain. Tahukan anda bahawa kita boleh mengesan lokasi peranti yang hilang itu?

TECH Wed, 8 Aug 2018

Tukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Jika anda bosan dengan paparan Iphone anda yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Fri, 8 Jun 2018

Sunting Gambar Berwarna Dengan Latar Belakang Hitam Putih

Artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah membuat suntingan gambar berwarna dengan latar belakang hitam putih.

TECH Fri, 1 Dec 2017

Baik Pulih Percuma Kepada Pelanggan Samsung Buat Mangsa Banjir

Umum sudah mengetahui mengenai perihal banjir yang melanda utara tanah air sejak dari minggu lepas yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga mengorbankan nyawa. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa, Samsung Malaysia tampil dengan […]

| Live TV