TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:56pm

Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Razer sebuah syarikat yang terkenal dengan peralatan komputer bercirikan gaming kini memperluaskan portfolio perniagaan mereka di Malaysia dengan pelancaran Razer Pay. Razer bekerjasama dengan Berjaya Corp. dalam membawakan aplikasi ini kepada generasi muda dan golongan milenium yang cukup mengenali jenama Razer.

 

Razer Pay@RazerPay
 
 

Our e-wallet is now in Malaysia. Find out what it is about and download it today: https://pay.razer.com 

 

Pengguna aplikasi boleh membuat bayaran di 7-Eleven untuk membeli tambah nilai perkhidmatan telekomunikasi mereka, menghantar wang dan juga menambah kredit Razer Pay menggunakan akaun atas talian bank.

Antara bank yang terlibat adalah AmBank, CIMB, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Untuk industri F&B (Food & Beverages) sebanyak 6000 peruncit utama seperti 7-Eleven, Starbucks, Wendy’s, Kenny Rogers, Krispy Kreme dan 99 Speedmart turut serta menerima aplikasi Razer Pay di cawangan mereka.

Setiap pengguna baharu akan mendapat kredit bernilai RM 10 apabila mereka mendaftar masuk ke dalam aplikasi ini dan tawaran ini terbuka sehingga 30 September 2018.

Pengasas dan CEO Razer, Min-Liang Tan berkata:

Razer Pay akan membuat transaksi tunai harian pengguna menjadi lebih mudah. Kami akan melancarkan servis ini  di Malaysia untuk pasaran pertama sebelum meluaskannya ke pasaran lain. Kami berharap usaha sama ini dapat membawa revolusi tanpa tunai kepada semua pengguna.

Sementara itu, pemilik Berjaya Group berkata yang setiap RM 10 dari pembelian pertama melalui aplikasi Razer Pay akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 28 Sep 2019

“Smart City” Bakal Siap Tahun 2020

Sidang Media Zhejiang Victory Bench Hyperledger telah diadakan bertempat di Hotel Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TECH Thu, 3 Jan 2019

Cara Download File Torrent di Android

Kepada yang suka menonton movie dan ingin download movie anda boleh ikuti cara-cara ini

TECH Tue, 5 Jun 2018

未来的一天将有25个小时!

对那些工作狂来说,他们时常会觉得自己的每天都不够用,然而根据科学家们最新的一项研究成果,这点将在未来发生改变,未来的一天有望达到25个小时。

TECH Sun, 7 Jul 2019

Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

cara-cara mudah untuk mengesan kamera tersembunyi

TECH Sat, 16 Jun 2018

Melihat Kata Laluan & Info Kad Kredit Yang DiSimpan Pada iOS 12

Jika anda mempunyai Iphone iOS 12,anda perlu mengetahui info ini.

TECH Sun, 9 Dec 2018

5 Aplikasi Terbaik untuk Mencantikkan Instagram Stories

Mencantikkan pandangan Instagram Stories kini lebih mudah dengan 5 aplikasi di bawah ini.

TECH Sat, 7 Sep 2019

Padamkan (Junk File) Pada Whatsapp, Ini Caranya

Jangan sekali mematikan proses “Auto Download”

TECH Thu, 29 Aug 2019

全球最小且方便易用的3LCD雷射投影机

爱普生推出全球最小3LCD雅致雷射投影机,势必改变家庭影院的面貌!

TECH Tue, 17 Jul 2018

Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat

Pertama kali muncul pada Mac 1998, ia dikenali sebagai Yahoo! Pager, satu platform yang menawarkan khidmat pemesejan segera. Cukup popular dalam kalangan anak muda, ia dijadikan sebagai medium komunikasi untuk berbual bersama rakan mahupun pengguna […]

TECH Tue, 31 Jul 2018

不再被骇客入侵! Google安全密钥Titan Security Key上市

Google 宣称自 2017 年使用安全密钥以来,超过 8 万名员工就再也没被骇客入侵过了,现在这款安全密钥Titan Security Key将对外贩售。

| Live TV