TECH By: SGMS Putri November 2, 2017 @ 4:24am

Projek 30 – Penyelesaian Bagi Masalah Pembaziran Makanan #MyEDTECH2018

Pembaziran makanan sering menjadi topik utama di Malaysia. Pembaziran makanan adalah satu perkara yang sering dipandang remeh oleh manusia pada masa kini. Ini kerana ia sudah dianggap perkara biasa dan tidak memberi apa-apa impak yang besar dalam hidup seharian. Namun tahukah anda, di Malaysia sahaja, sebanyak 38,000 tan makanan terbuang dicatatkan dalam satu hari.

Dengan melihat angka yang amat membimbangkan tersebut, pihak yang menggelar diri mereka Projek 30 telah mengambil inisiatif tersendiri dengan membangunkan satu aplikasi dan peralatan khas bagi mengurangkan pembaziran makanan. Mereka menawarkan perkhidmatan untuk menganalisis jumlah makanan yang perlu dihidangkan bersesuaian dengan jumlah tetamu atau pelanggan.

Satu alat penimbang akan diletakkan dibawah tray hidangan untuk menimbang berat hidangan yang masih belum dimakan, ia dapat membantu penjual atau penyedia makanan untuk mengenalpasti jumlah berat bahan mentah yang perlu digunakan untuk satu-satu hidangan. Ini akan dapat membantu menjimatkan kos penjual makanan disamping mengurangkan pembaziran.

Melalui analisa ini, penjual atau penyedia produk makanan akan menggunakan data yang diperolehi bagi membantu dalam mengoptimumkan kadar pengeluaran mereka. Menurut Cik Zalikha Razali, CEO dan juga pengasas bersama projek ini, produk ini masih lagi dalam proses pembangunan dan dijangka dapat dilancarkan ke pasaran dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Projek 30 ini, anda boleh layari laman sesawang mereka di sini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 12 Jul 2018

Uber Dan Grab Diminta Batalkan Gabungan

Bulan April yang lalu, kita telah disajikan dengan berita tentang pengambil alihan Grab keatas Uber untuk perkhidmatan mereka di Asia Tenggara. Penjualan tersebut menyaksikan keseluruhan operasi di rantau ini dipegang oleh Grab, dan sebagai balasan, […]

TECH Fri, 20 Sep 2019

Nak Tahu Cara Guna 2 Akaun Whatsapp Secara Serentak Pada PC

Punya dua akaun WhatsApp dan ingin membukanya secara serentak? 

TECH Fri, 25 Oct 2019

Set Dekoder Digital Percuma Bukan Untuk Semua

Hanya Diberikan Pada 2 Juta Isi Rumah Berpendapatan Paling Rendah

TECH Sat, 25 Nov 2017

Asli Atau Palsu? Cara Menguji Keaslian Telefon Pintar Anda

Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada peranti yang anda miliki selama ini adalah asli atau pun palsu (tiruan)?

TECH Sun, 14 Jul 2019

研究证实:这些「坏习惯」其实很健康!

每个人在生活中都有一两项看似不利健康的「坏习惯」,像是经常不吃早餐、爱滑社群媒体、爱喝咖啡等,其实这些一般人认为的坏习惯,现在都有科学研究反驳……

TECH Sat, 23 Jun 2018

Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel

Adakah anda terhantar e-mel kepada orang yang salah?Gmail ada penyelesaiannya.

TECH Sun, 16 Jun 2019

Cara Cepat Cas Fon Walaupun Fon Anda Bukan Jenis ‘Fast Charging’

Ketahui cara bagaimana nak charge fon anda dengan cepat, ini ada caranya.

TECH Tue, 12 Jun 2018

Henti Operasi, Selamat Tinggal Yahoo Messenger…

Bukan sekadar mencari kenalan baru, ada yang berjumpa jodoh di zaman kegemilangan Yahoo Messenger. Syok tau time tu, nostalgia sangat!

TECH Thu, 3 Jan 2019

低头族有救了! 4招让你有效预防肩颈酸痛

低头族看过来!趋势而言,全球人们生活上一定会越来越依赖智慧型手机,眼睛承受压力只会越来越重。

TECH Wed, 11 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018

Selepas hadir dengan senarai 10 Telefon Pintar Terbaik Jun 2018, Antutu sekali lagi berkongsi maklumat mengenai 10 telefon pintar yang paling digemari untuk bulan terbabit. Model tersenarai merupakan peranti Android yang mendapat penilaian tertinggi dari pengguna aplikasi Antutu […]

| Live TV