TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:50pm

Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 Sedia Dibeli Bermula Esok, Jumaat 6 Julai 2018

Sebut sahaja Nokia, mulalah fikiran melayang mengenangkan kisah silam menggunakan peranti dari jenama lagenda tersebut.

Pelbagai nama jolokan diberi pada model-model keluaran syarikat yang berpengkalan di Finland itu. Sabun, sembilu, daun, dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada diantara anda yang merindui kelibat “Nokia Pisang”, HMD Global ada berita baik buat semua.

Bermula esok, Jumaat 6 Julai 2018, Nokia akan mula menjual Nokia 8110 yang telah diberi nafas baru. Lebih dikenali dalam kalangan peminat tempatan sebagai Nokia Pisang, model yang dilahirkan semula ini disertakan dengan keupayaan 4G, sokongan aplikasi terkini seperti Facebook, Twitter dan juga Google Maps.

Spesifikasi Nokia 8110 (RM 285)

  • Sambungan 4G
  • Sistem operasi Smart Feature OS
  • Cip pemprosesan Snapdragon 205
  • RAM 512MB
  • Skrin lengkung 2.4 inci QVGA
  • Bateri 1500mAh
  • Sim Mikro
  • Warna kuning dan hitam

Sebuah lagi model yang bakal dijual esok adalah Nokia 6.1, naik taraf kepada model terdahulu Nokia 6.

Difahamkan ia  60% lebih pantas serta rekaan yang tahan lasak diperbuat daripada blok pejal aluminium 6000 siri.

Spesifikasi Nokia 6.1 (RM1100)

  • Sistem operasi Android Oreo 8.0
  • RAM 4GB beserta memori 64GB dan sokongan kad memori sehingga 128GB
  • Skrin 5.5 inci HD penuh
  • Kamera 16MP dengan lensa ZEISS
  • Kamera swafoto 8MP
  • Bateri 3000mAh
  • Warna putih dan hitam

Kedua-dua model ini boleh didapati disemua gedung peruncit Nokia diseluruh negara mulai 6 Julai ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 22 Jul 2018

Tips Cara Buat Kod QR Sendiri

Di zaman sekarang, kemana-mana kita pergi, pasti kita akan melihat kod QR terutamanya di kaunter-kaunter pembayaran.

TECH Tue, 8 May 2018

Gunakan NOMO Jika Bateri Smartphone Habis Ketika Travel Ke Singapura

NOMO adalah powerbank yang direka dari Malaysia oleh pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Pengasas jua CEO NOMO, Foo Jiarong

TECH Tue, 10 Jul 2018

Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Bukan sekadar aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab mahukan fungsi yang lebih banyak lagi untuk aplikasi utama mereka. Itulah misi baru yang bakal dilaksanakan oleh Grab dalam memenuhi keperluan serta kehendak jutaan pengguna. Bagi merealisasikan perancangan […]

TECH Wed, 25 Jul 2018

Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti

Permainan video semakin popular dimainkan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kita sudah melihat pelbagai permainan video yang biasanya dimainkan pada komputer sudah dibangunkan untuk platform telefon pintar. Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah […]

TECH Tue, 21 Aug 2018

Cara Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Sedang cuba mengesan telefon pintar anda?Cubalah cara ini!

TECH Thu, 5 Jul 2018

Apple Mahu Wujudkan Kerjasama Strategik Dengan Hewlett Packard Enterprise

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan satu kerjasama strategik business-to-business(B2B) dengan syarikat Hewlett Packard Enterprise(HPE). Ianya tersebar secara meluas apabila Apple memuatnaik satu iklan jawatan kosong di laman LinkedIn dan perkara itu disedari oleh pihak The Register. […]

TECH Wed, 22 Aug 2018

Cara Untuk Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Notifikasi di chrome asyik keluar dan menjengkelkan anda?Cubalah cara ini.

TECH Fri, 2 Aug 2019

Tips ‘Browsing’ Internet di Tempat Awam

antara tips untuk anda gunakan dalam keadaan selamat

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

Automobile Thu, 6 Dec 2018

停等红灯打到N档较省油?小心频繁打档让变速箱整组坏光光

不说别的,不少驾驶对于变速箱档位的认知,大概仅剩P档停车、D档前进、R档倒退。

| Live TV