TECH By: SGMS Putri April 21, 2018 @ 5:01am

iPhone SE 2 Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Apple Inc dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaru mereka, iPhone SE 2 seawal bulan hadapan, menurut laporan sebuah laman Jepun, Macotakara. Ia merupakan penyambung legasi bagi peranti iPhone SE pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan bakal mempunyai spesifikasi yang menyerupai iPhone 7.

Menurut Macotakara lagi, mereka telah berhubung dengan pengeluar-pengeluar cengkeram telefon bagi peranti iPhone dan mereka menyatakan bahawa cengkeram buat iPhone SE akan muat pada iPhone SE 2. Ia sekaligus menguatkan ura-ura bahawa peranti terbaru Apple ini akan mempunyai saiz yang sama seperti iPhone SE iaitu 4 inci.

Selain itu, iPhone SE 2 ini juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan set cip 64-bit A10 Fusion, cip yang sama digunapakai pada peranti iPhone 7. Walaubagaimanapun, peranti ini dikatakan tidak akan mempunyai bicu audio dan akan menggunakan ciri TouchID dan bukan FaceID.

Terdapat juga laporan berasingan yang mendakwa peranti iPhone SE 2 ini akan menggunakan kaca pada bahagian belakangnya bagi membolehkan pengecasan tanpa wayar dilakukan. Setakat ini, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X sudah menggunakan fungsi pengecasan tanpa wayar ini. Akan tetapi belum ada sumber yang sahih berkenaan dakwaan ini.

Sekiranya benar dakwaan bahawa peranti iPhone SE 2 ini adalah sebuah peranti bersaiz 4 inci, ini merupakan satu langkah yang berani diambil oleh Apple memandangkan permintaan pasaran kini lebih mementingkan keluasan skrin. Nantikan pengumuman rasmi dari pihak Apple berkenaan status peranti ini dalam masa terdekat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 18 Dec 2018

Tips untuk Meningkatkan Grafik PUBG di Android ke Flat Tepat

Ingn grafik yang cantik masa bermain PUBG ikuti langkah ini

TECH Sat, 20 Oct 2018

Bagaimana Baca Mesej WhatsApp Dihapus oleh Pengirim pada Android

Dengan cara ini anda boleh melihat mesej WhatApps yang telah dihapuskan dengan begitu sahaja

TECH Tue, 8 Jan 2019

Cara Mudah Semak Nombor Resit untuk Ekspedisi Pelbagai di Android

Selain dapat melakukannya di mana saja, anda boleh membandingkan pelbagai produk mengikut poket anda.

Automobile Fri, 28 Sep 2018

Hand Brake 可能要消失了!

Hand Brake 可能要消失了!

TECH Sun, 23 Dec 2018

Kata Laluan Paling Banyak Kena Godam Tahun 2018 Adalah 123456

CyberSecurity Dedah 25 Kata Laluan Paling Banyak Kena Godam Tahun 2018, 123456 Antara Lima Yang Teratas

TECH Fri, 20 Jul 2018

Kedai Rasmi NVIDIA Akan Dibuka Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

NVIDIA melalui laman Facebook Malaysia mereka telah mengumumkan akan membuka kedai rasmi jenama tersebut di negara ini. NVIDIA terkenal dengan kad grafik yang dipasarkan ke pelbagai lapisan pengguna tetapi pengguna Malaysia tidak berpeluang membeli terus […]

TECH Wed, 4 Jul 2018

No More Wi-Fi: The New Age Internet Connection is Here

Wi-Fi and routers will soon become junk.

TECH Sat, 21 Dec 2019

FBI警告!出国玩尽量不要用当地免费Wi-Fi

美国联邦调查局(FBI)发出警告,建议民众出国时尽量避免使用当地的免费Wi-Fi,避免遭有心人士偷偷植入恶意程式偷走装置的机密或密码。

TECH Sat, 22 Dec 2018

5 Kelebihan Laptop Gaming Murah ASUS TUF FX505 dan FX705

Diklaim sebagai laptop gaming termurah yang hadir di Malaysia. Ini menyenaraikan kelebihan ASUS TUF Gamin FX505 dan FX705.

TECH Thu, 12 Jul 2018

Mak Cun’s Adventures Sees Massive Amount of Downloads

People are seriously loving the game.

| Live TV