TECH By: SGMS Putri July 28, 2018 @ 2:55pm

Huawei Kini Bersaing Dengan Diri Mereka Sendiri Di Pasaran China

Huawei merupakan syarikat telekomunikasi terunggul di China sejak sekian lama meninggalkan pesaing-pesaing mereka seperti Oppo, Vivo dan Xiaomi. Menurut laporan Canalys, Huawei memegang 27% daripada pasaran China jauh meninggalkan Oppo(21%) di tempat kedua.

Bagaimanapun, Huawei sebenarnya kini sedang bersaing dengan diri mereka sendiri. Ini kerana, jenama di bawah kelolaan mereka, Honor telah mengatasi jumlah jualan unit peranti yang direkodkan oleh pihak Huawei sendiri.

Selepas berakhir dua suku pertama untuk tahun ini, peranti Honor telah menyumbang 55% daripada jualan keseluruhan bagi jenama Huawei. Ia menandakan satu peningkatan yang ketara berbanding sumbangan sebanyak 33% yang dicatat pada dua suku sebelumnya.

Penganalisa Canalys, Mo Jia menambah, Honor juga telah mengatasi Xiaomi bagi pasaran peranti dengan harga mampu milik. Peranti Honor 10 telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan mereka memandangkan lebih 3 juta unit peranti tersebut telah terjual buat masa ini.

Adakah kita akan dapat melihat Huawei memberikan lebih banyak bajet dan sokongan kepada peranti keluaran Honor selepas pengumuman ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 3 Oct 2019

华为推介13款新产品!与HMS共同打造一个全生态系统

Huawei Malaysia推介13款新产品!与Huawei Mobile Service携手打造一个全生态系统。

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
TECH Fri, 13 Jul 2018

Xiaomi Mi 8 Explorer Terima Kelulusan TENAA, Bakal Dilancarkan Ke Pasaran Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan ke pasaran kira-kira dua bulan yang lepas dan telah terjual lebih dari satu juta unit setakat hari ini. Ini dibantu oleh populariti Xiaomi sebagai pengeluar yang mampu menyediakan peranti dengan spesifikasi terkini […]

TECH Tue, 5 Jun 2018

未来的一天将有25个小时!

对那些工作狂来说,他们时常会觉得自己的每天都不够用,然而根据科学家们最新的一项研究成果,这点将在未来发生改变,未来的一天有望达到25个小时。

TECH Mon, 5 Aug 2019

FB Dan Insta Alami Masalah Teknikal Lagi

Asyik masalah saja dengan applikasi Facebook dan Instagram nie kan!

TECH Mon, 2 Jul 2018

Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

HMD Global sebelum ini sudah beberapa kali memberi jaminan bahawa semua peranti Nokia keluaran mereka akan menikmati kemaskini sistem Android terbaru dari Google iaitu Android P. Sehubungan dengan itu, menurut laporan terkini daripada laman sesawang nokiapoweruser.com, kemaskini tersebut mungkin akan […]

TECH Wed, 3 Oct 2018

讽刺插画告诉你现代人手机成瘾的情况有多严重

没wifi、FB像失去生活重心,现代人手机成瘾的症状有多严重?

Automobile Thu, 26 Jul 2018

Metal vs Kaca vs Plastik, Material Apa yang Terbaik Untuk Smartphone?

Metal, kaca dan plastik adalah tiga material yang sering kita lihat dan digunakan oleh sejumlah pabrikan untuk mengemas bodi smartphone. Dari ketiganya, material mana yang terbaik?

Automobile Tue, 22 May 2018

Rancang Beli Kereta Raya? Sekarang Mungkin Waktu Terbaik

Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

| Live TV