TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 3:10pm

Honor Note 10 Dilaporkan Tidak Akan Hadir Dengan Kirin 980

Huawei telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan semula siri Honor Note melalui Honor Note 10 yang menggunakan kod nama ‘Ravel’ melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya baru-baru ini. Ia merupakan kemunculan semula siri ini selepas peranti terakhirnya, Honor Note 8 dilancarkan dua tahun lepas.

Pada kebiasaannya, model Honor Note akan hadir dengan nilai tambah berbanding dengan siri Honor. Mengambil contoh semasa Honor Note 8 dilancarkan, ia menggunakan cip pemprosesan Kirin 955 berbanding Kirin 950 yang digunapakai pada model Honor 8.

Imej tertiris Honor Note 10(Kredit : FirstPost)

Namun, perkara ini dikatakan tidak akan berlaku pada keluaran kali ini. Ini kerana menurut laporan FirstPostperanti ini akan menggunakan cip yang sama dengan Honor 10 iaitu Kirin 970. Laporan itu dibuat berdasarkan spesifikasi daripada yang dikeluarkan oleh GeekBench.

Cip pemprosesan peranti ini telah menerima skor 1,901 untuk teras tunggal dan 6,818 untuk multi-teras. Menurut laporan itu lagi, peranti ini akan dijalankan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Sekiranya laporan ini tepat, Honor Note 10 akan menjadi salah satu dari lambakan peranti Huawei yang menggunakan cip Kirin 970 selain Honor 10, antaranya Huawei P20 Pro dan Huawei Mate 10. Sebelum ini, peranti ini dilaporkan akan menggunakan skrin Super AMOLED 6.9 inci keluaran Samsung.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada pihak Huawei mahupun Honor berkenaan spesifikasi peranti ini. Mungkin kita akan mendengar maklumat terbaharu daripada mereka sebelum hujung bulan ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 14 Feb 2018

‘WHATSAPP BUSINESS’ BANTU PENIAGA, PEMBELI

‘Wats App Business’ dicipta    bertujuan membantu peniaga dan pembeli berinteraksi antara satu sama lain dan buat permulaannya ia  disasarkan kepada dua kelompok perniagaan iaitu syarikat kecil dan syarikat besar seperti antaranya perbankan, penerbangan dan seumpamanya.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Samsung Malaysia Kini Mempunyai Gedung Dalam Talian Rasmi

Menerusi perkongsian kepada rakan media, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tentang pembukaan gedung dalam talian rasmi untuk peminat tempatan. Dengan adanya gedung dalam talian rasmi, bakal pembeli lebih mudah dan yakin untuk melakukan sebarang pembelian kerana platform jual beli […]

Automobile Tue, 26 Jun 2018

露营车大到可以「停超跑」!移动式豪宅颠覆你想像

对很多人来说,拥有一栋房子已经算是完成人生中最大的梦想了,但你有想过拥有了一台「移动式豪宅」,根本就是想都不敢想的奢侈幻想吧?

TECH Thu, 29 Aug 2019

全球最小且方便易用的3LCD雷射投影机

爱普生推出全球最小3LCD雅致雷射投影机,势必改变家庭影院的面貌!

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

TECH Sat, 18 May 2019

Muslim Pro Malaysia Aplikasi Popular di bulan Ramadan ini

Kecanggihan teknologi mudah alih itu boleh dimanfaatkan pengguna dalam melakukan ibadah.

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

Automobile Tue, 13 Mar 2018

WhatsApp延迟「为所有人删除」时间

早前WhatsApp推出了能够撤回信息的功能,这对那些「懵查查」的用户可是非常实用,唯只能在7分钟内完成这动作;日前全新版本的WhatsApp延长了信息撤回时间至1小时8分钟16秒,为用户悄来好消息!

TECH Sun, 9 Sep 2018

超过1/4的美国人删了脸书应用程序!年轻用户占大宗

受到脸书卷入个资外泄等丑闻的影响,过去一年超过1/4的脸书使用者把脸书应用程序从手机中删除。

TECH Tue, 14 Jan 2020

Cara Untuk Mengetahui Saiz Gambar Pada iPhone

Khusus untuk pengguna iPhone, salah satu kelemahan yang admin kurang gemar tentang iPhone ialah kesukaran untuk melihat saiz gambar yang terdapat pada galeri foto. Mungkin bagi sesetengah pengguna, perkara ini tidak begitu signifikan. Namun bagi […]

| Live TV