TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 6:11pm

Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti

Permainan video semakin popular dimainkan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kita sudah melihat pelbagai permainan video yang biasanya dimainkan pada komputer sudah dibangunkan untuk platform telefon pintar.

Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah memperkenalkan sebuah model yang memfokuskan terhadap permainan video, Honor Play.

Telah diperkenalkan di China, ia bakal menjengah ke pasaran dalam negara pada 7 Ogos nanti.

Perkataan Play pada nama peranti sudah cukup memberi gambaran bahawa ia akan diperkuatkan dengan teknologi GPU Turbo.

Melalui teknologi tersebut, GPU Turbo akan memberikan peningkatan kepada prestasi grafik sehingga 60% bersama-sama penawaran pengalaman permainan 4D.

Hadir dengan skrin berukuran 6.3 inci paparan FHD+, yang menyokong resolusi 2340 x 1080 piksel. Dipacu dengan Kirin 970 digandingkan bersama Mali-G72 MP12.

Honor memberikan bakal pembeli dua pilihan iaitu RAM 4GB/ 64GB storan dan RAM 6GB/ 64GB ruang memori. Memori tambahan boleh didapati menerusi kad MikroSD sehingga 256GB.

Tetapan kamera utama menggunakan dwi kamera 16MP f/2.2 dan 2MP f/2.4. Panel hadapan pula menempatkan kamera swafoto 16MP dengan sensor aperture f/2.0.

Akan mengoperasikan EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1, Honor Play dijana dengan bateri berkapasiti 3750mAh.

Lain-lain butiran akan dikongsikan pada 7 Ogos nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Lagi Pemain Media VLC Untuk Pengguna Peranti Huawei

Pembangun pemain media terkenal VLC Player, VideoLabs telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghalang muat turun aplikasi berkenaan melalui Play Store bagi pengguna peranti Huawei. Ia perlu dilakukan memandangkan ramai pengguna Huawei tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut. Kredit : The Android […]

TECH Tue, 17 Sep 2019

Cipta Peranti Anti Dera, Anti Strok Haba Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 2

Tahniah buat pelajar -pelajar ini dimana rupanya banyak pencapaian cemerlang yang telah diperolehi sebelum ini

TECH Mon, 23 Apr 2018

There Will be TWO Harry Potter Mobile Games Releasing This Year!

Time to live out your Hogwarts dreams, Potterheads.

TECH Sun, 15 Apr 2018

Cara Besarkan Saiz Resolusi Foto Tanpa “Pecah”

Kaedah ini kami temui dariapda satu laman sesawang dari Jepun dan ianya sangat berkesan. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

TECH Sat, 17 Aug 2019

Hardisk Pun Kena Ada Kata Laluan Ya!

Sekarang ini walaupun simpan data dalam hardisk pun boleh kena curi , Jadi lebih baik lindungi dengan adanya kata laluan

TECH Thu, 25 Oct 2018

Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 5 Keyboard Mekanikal Ini

Jika anda teringin untuk membeli ‘mechanical keyboard’,sama ada jenis yang murah atau mahal,cuba baca artikel ini.

TECH Thu, 20 Sep 2018

你像哪个名画人物?快用这个App测看看

美国科技巨头Google除了发展搜寻引擎与网路服务外,近年也致力于推广艺术与文化,并开发Google Arts & Culture应用程式,将整个线上美术馆带进了手机时代。

Automobile Mon, 7 May 2018

Seat Belt 系错方法的后果,你有必要知道!

不系Seat Belt能致命,系上了但系错方式也一样会致命!

TECH Mon, 28 Oct 2019
TECH Tue, 2 Jul 2019

人高烧不退长期烧下去!最终会「烧」死

如果发高烧,最好还是不要硬抗,因为后果是在太严重了。

| Live TV