TECH By: SGMS Putri April 4, 2018 @ 2:23pm

Cara Mengecilkan Saiz Fail PDF

Format PDF merupakan salah satu jenis fail yang paling banyak digunakan sama ada pada dokumen jenis teks mahupun gambar. Namun kadang-kadang saiz format tersebut menjadi sangat besar dan agak lambat prosesnya apabila ingin di kongsikan secara atas talian .

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk mengecilkan saiz fail PDF dengan mudah. Terdapat dua cara yang yang boleh digunakan, isitu sama ada secara Online ataupun Offline. 

1. Secara Online

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melawati laman sesawang Kompress PDF melalui pautan dibawah

Kompress PDF

Setelah muncul paparan seperti dibawah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat naik fail yang ingin dikecilkan terlebih dahulu.

Klik sahaja pada Pilih File

Fail anda akan secara otomatik di kecilkan sehingga 2 kali ganda saiz asalnya. Setelah berpuas hati dengan hasilnya klik sahaja pada Unduh File Sekarang, selesai.

Memandangkan laman sesawang ini dibangunkan oleh pembangun dari Indonesia, maka bahasanya adalah dalam bahasa Indonesia.

2. Cara Offline

Sekiranya tiada sambungan internet, anda boleh sahaja menggunakan fungsinya terus daripada Microsoft words versi tahun 2013 dan keatas.

Caranya dengan memilih menu Save As. 

Seterusnya apabila muncul paparan berikut, pilih format PDF pada menu pilihan. Seterusnya pada bahagian bawah tetingkap, tandakan pada Minimum size (publishing online). Dengan itu fail yang anda simpan tadi akan ditukarkan kepada PDF dengan saiz yang sekecil mungkin.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 23 Apr 2019
TECH Thu, 6 Dec 2018

Asli atau palsu? Ini ialah Cara Menguji Kelajuan MikroSD pada Android

jika ingin tahu sd kad anda original ke tidak boleh lah mencubanya

TECH Wed, 7 Feb 2018

HADIAHKAN OPPO F5 ‘DASHING BLUE’ PIKAT SI DIA

Memang cantik peranti “OPPO F5 Dashing Blue” ini.

TECH Fri, 14 Sep 2018

Cara Mudah Untuk Membaik Pulih Gambar Lama

Ingin mencantikkan semula gambar lama anda?Cubalah cara ini.

TECH Fri, 4 Jan 2019

Cara Mengaktifkan Dark Mode YouTube di Android

ingin Youtube anda menjadi ‘Dark Mode’ ikuti tips ini

TECH Thu, 19 Jul 2018

Instagram Uji Ciri Pengesahan Dwi Faktor Berasaskan Token

Instagram ketika ini menggunakan pengesahan dwi faktor berasaskan sistem pesanan ringkas (SMS). Ia lebih baik berbanding pengesahan faktor tunggal tetapi masih terdapat kerisauan jika pihak lain mempunyai akses jarak jauh kepada sistem mesej anda, dimana […]

TECH Mon, 23 Dec 2019

‘Influencer’ Facebook &Instagram Diharamkan Promosi Iklan Vape, Tembakau & Senjata

Kandungan yang mempromosi arak dan ubat kurus juga akan memerlukan sekatan khusus

TECH Wed, 14 Aug 2019

Kenali Ciri- Ciri Kalis Air Telefon Anda

Bolehkah saya berenang dengan telefon pintar saya?

TECH Tue, 3 Jul 2018

Tetapan Baru WhatsApp, Hanya ‘Admin’ Yang Boleh Menghantar Mesej

Penggunaan kumpulan Whatsapp sememangnya memudahkan urusan menyampaikan maklumat terutama dalam kumpulan yang besar. Namun, suasana dalam kumpulan Whatsapp akan menjadi huru-hara apabila semua ahli kumpulan mula berbual antara satu sama lain dan melupakan tujuan utama perbualan dalam kumpulan itu. […]

TECH Sun, 22 Jul 2018

Tips Cara Buat Kod QR Sendiri

Di zaman sekarang, kemana-mana kita pergi, pasti kita akan melihat kod QR terutamanya di kaunter-kaunter pembayaran.

| Live TV