TECH By: SGMS Enal November 7, 2019 @ 11:03am

Cara Memasang Mod Gelap Pada WhatsApp Web

WhatsApp belum lagi mengeluarkan mana-mana mod gelap terbina rasmi sama ada untuk platform Android, iOS, mahupun WhatsApp Web. Ura-ura mengatakan WhatsApp sedang menguji mod gelap ini pada peranti iOS. Namun untuk peranti Android, tiada berita berkenaan platform tersebut kedengaran. Akan tetapi, jika anda mahukan mod gelap pada WhatsApp Web, kami boleh tunjukkan caranya.

Sebelum itu, penafian bahawa ini bukan merupakan mod gelap rasmi tetapi hanyalah perisian tambahan yang dipasang kepada pelayar web. Cara-cara untuk pemasangan mod gelap ini akan ditunjukkan untuk jenis pelayar web Google Chrome dan juga Mozilla Firefox.

Google Chrome

  • Anda perlu memasang perisian tambahan Stylus kepada pelayar web Chrome anda.
  • Pergi ke laman Chrome Store Web untuk memasang Stylus melalui pautan ini.
  • Selesai dipasang, cari tema gelap berkenaan di sini dan klik pada “Install Style“.
  • Buka WhatsApp Web dan anda akan lihat perubahannya.

Mod gelap pada Google Chrome

Mozilla Firefox

  • Cara ini adalah lebih kurang dengan pelayar web Chrome, tetapi menggunakan perisian tambahan Firefox pula.
  • Pasang Stylus daripada laman Firefox Add-ons di sini.
  • Cari tema gelap dan tekan “Install Style“.
  • Siap!

Mod gelap pada Mozilla Firefox

Sebelum dan selepas pemasangan mod gelap.

 

Apa yang menarik melalui pemasangan ini adalah anda boleh menukar semula kepada stail putih biasa hanya dengan satu klikan. Untuk menukar pergi kepada extension dan klik “Turn all styles off” dan isi kandungan Whatsapp Web akan bertukar kepada putih semula.

Klik “Turn all styles off” untuk menghilangkan kesemua stail

Info tambahan: Selain menukar kepada mod gelap WhatsApp, anda juga boleh menukar kepada banyak lagi jenis tema dan modifikasi dari laman web, loading bar YouTube, Facebook dan lain-lain menerusi extension yang sama.

Terdapat banyak pilihan tema untuk digunakan

Kredit tutorial:wiser.my  TheNextWeb

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 3 Aug 2018

Kongsi Fail Daripada “Pendrive & Harddisk” Dengan Modem WiFi Rumah

Kepada anda yang ingin berkongsi fail jenis video atau muzik yang bersaiz besar daripada “hardisk” mahupun “Pendrive”, berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk berkongsi fail – fail daripada cakera keras anda menggunakan modem WiFi di rumah.

TECH Wed, 3 Oct 2018

讽刺插画告诉你现代人手机成瘾的情况有多严重

没wifi、FB像失去生活重心,现代人手机成瘾的症状有多严重?

TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Wed, 29 May 2019

研究称压力可能导致用户出现「Facebook成瘾」

一项新的研究警告说,这种现实可能会使一些用户面临发展「Facebook成瘾」的风险,如果它成为人们日常生活中线下支持的替代品。

TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

TECH Mon, 14 May 2018

Papan Klip Terbaru Windows 10 Bakal Memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

Wow.. untuk pengguna Windows 10 memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

TECH Sat, 5 Oct 2019

Lebih Setahun Di Dalam Sungai,iPhone Di Temui Dalam Keadaan Baik

iPhone tersebut dipulangkan semula kepada pemiliknya.

TECH Mon, 26 Nov 2018

Bagaimana Untuk Menukar Rupa Android ke Windows 10

kalau anda suka dengan launcher window 10 boleh mencubanya…

TECH Tue, 28 Aug 2018

Cara Install Navigation Gesture ala iPhone X di Semua Android

Salah satu contoh system gesture yang ada di iPhone X. Apple menghilangkan tombol home dan mengubah bentuk iPhone X menjadi layar penuh, secara otomatis sistem navigasinya-pun berubah.

TECH Sun, 7 Apr 2019

Cara Mainkan Lagu Pada Aplikasi Google Maps

Bolehkah kita buka lagu di aplikasi Google Maps? Tetapi bagaimana caranya? Ketahui cara-caranya disini.

| Live TV