TECH By: SGMS Putri June 28, 2018 @ 2:39pm

Apple Inc. Dapatkan Pembekal Kedua Skrin Paparan LED Selain Samsung

Apple Inc. dikatakan sedang mendapatkan pembekal kedua komponen skrin paparan LED untuk iPhone mereka, mengurangkan kebergantungan terhadap Samsung Electronics. Sebelum ini, iPhone X menggunakan panel AMOLED daripada Samsung Electronics Co.

Langkah tersebut penting bagi mengurangkan kos peranti di samping tidak hanya bergantung kepada Samsung Electronics Co. bagi membekalkan salah satu komponen penting untuk iPhone akan datang.

Antara calon yang disebut adalah LG Display yang juga pesaing terdekat bagi Samsung Electronics Co. dalam pasaran panel LED. iPhone X merupakan peranti iPhone termahal setakat ini dengan harga jualan bermula dengan $1000 (RM 4,000).

LG juga boleh mendapat manfaat dari kontrak dari Apple ini kerana divisyen telefon pintar mereka mengalami kesukaran untuk bersaing dengan jenama-jenama besar lain. Panel AMOLED untuk telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung Electronics dianggap terbaik setakat ini memandangkan isu burn-in oleh panel OLED yang dihasilkan LG telah membelenggu peranti Pixel 2 sebelum ini.

Apple Inc. sedang mempersiapkan diri untuk memperkenalkan sehingga 3 peranti iPhone pada akhir tahun ini dan 2 daripadanya menggunakan panel dari jenis OLED.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 5 Aug 2018

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

TECH Mon, 16 Jul 2018

Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Dilengkapi Dengan Mekanisma Penyekatan Habuk

MacBook Pro 2018 telah dilancarkan oleh Apple Inc beberapa hari lalu dengan peningkatan spesifikasi seperti cip Intel generasi ke-8 dan juga kad grafik GPU yang baharu. Namun bukan itu pengguna MacBook Pro nantikan kerana versi […]

Automobile Thu, 22 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN LAGI!

Berkuatkuasa pada malam tadi (22 Februari 2018) harga bagi selitre petrol RON95  RON95 adalah  RM2.17 (turun 6 sen dari RM2.23) manakala  RON97 berharga RM2.43 selitre (turun 7 sen dari RM2.50).

TECH Tue, 27 Nov 2018

Cara Menambah Baik Kualiti Video HDR pada Windows 10

Kepada anda yang gemar menonton filem yang berformat HDR, berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan kualiti video tersebut pada Windows 10.

TECH Fri, 27 Jul 2018

CRFT 01, Sebuah Perumah Desktop Bertemakan Permainan PUBG Oleh NZXT

NZXT sebuah pembuat komponen popular untuk PC telah mengumumkan produk CFRT, siri barangan gaming yang dilesenkan secara eksklusif. CRFT ini akan dibuat dalam jumlah yang terhad menjadikannya sebagai barangan pengumpul. Untuk keluaran pertama, NZXT telah bekerjasama dengan […]

TECH Mon, 17 Sep 2018

Cara Mengesan Lokasi Semasa Insan Tersayang

Kepada anda yang ingin mengetahui lokasi kawan – kawan atau ahli keluarga secara “Real – Time”, berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh dilakukan.

TECH Thu, 13 Jun 2019

踮脚也看不到?矮个子必备神器「望远型眼镜」秒获得身高180视野

相信许多个子不高的人都曾经遇到过这样的困扰:被前方的人头或物体挡住,没办法看到远方想看的目标……

TECH Wed, 12 Dec 2018

Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai “Speaker” PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

TECH Sat, 21 Sep 2019

Mainkan Muzik Youtube Tanpa Buka Aplikasi

Secara tidak langsung ianya akan mengganggu kebolehan peranti untuk “multi tasking” .

TECH Tue, 16 Oct 2018

| Live TV