TECH By: SGMS Putri April 13, 2018 @ 7:28am

Akibat Kesilapan ‘Typo’ Seorang Pekerja, Samsung Rugi RM 543 Billion

Samsung hari ini telah mengalami kerugian sekitar RM 543 billion (~$140 billion) akibat daripada kesalahan mudah salah seorang pekerja mereka. Pekerja tersebut dikatakan telah tersalah taip atau typo dengan telah mengagihkan 2.8 billion unit saham kepada semua staf Samsung. Kejadian ini dilalukan secara tidak sengaja apabila pesalah telah memasukkan perkataan yang salah semasa mengendalikan operasi menggunakan komputer.

Pada Jumaat yang lalu, seorang staf Samsung Securities telah mengagihkan saham milik Samsung sebanyak tiga puluh kali ganda lebih banyak dari jumlah unit saham tertunggak kepada lebih 2000 pekerja mereka yang berada di bawah pelan pemilikan saham Samsung. Hal ini berlaku apabila pesalah telah tersilap dengan memasukkan perkataan ‘saham’, sementara perkataan yang sepatutnya ialah ‘won’ iaitu nilai matawang Korea.

Mengikut laporan Wall Street Journal, Samsung sepatutnya membayar 1000 Won sesaham untuk keseluruhan saham berjumlah 2.8 billion Won kepada pekerja mereka. dan kesilapan yang berlaku itu telah menyebabkan Samsung membayar pekerja mereka dengan 2.8 billion unit saham yang bernilai keseluruhan 111.8 trillion Won bersamaan dengan ~ RM543 billion.

Pihak Samsung hanya sedar berkenaan kesilapan itu selepas 37 minit, dan pada waktu itu terdapat 16 orang daripada penerima saham itu telah pun menjual saham yang diterima akibat kesilapan tersebut. Ia menyebabkan saham Samsung Securities menjunam sebanyak 10% dan menyebabkan Samsung kehilangan US$ 330 juta daripada nilai pasaran mereka.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak Samsung dan tindakan yang akan diambil kepada pesalah serta 16 pekerja yang telah menjual saham tersebut akan diputuskan kelak.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 19 Dec 2017

休想再洗我版!脸书推出「打盹」新功能

脸书(Facebook)日前宣布“打盹”(Snooze)新功能,用户可在帖文右上角的选项,选择暂停追踪朋友、粉丝专页或社团长达30天;不用再担心只能使用封锁或是暂停追踪方式,又被对方发现的尴尬状况。

TECH Sat, 28 Sep 2019

“Smart City” Bakal Siap Tahun 2020

Sidang Media Zhejiang Victory Bench Hyperledger telah diadakan bertempat di Hotel Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Events Tue, 15 Jan 2019

Musim Perayaan Ini Lebih ONG Dengan CJ WOW Shop!

Wow kan rumah anda dengan WOW Your Home!

TECH Sun, 21 Jul 2019

Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook

Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi “3D Photo” pada aplikasi mudah alih mereka.Berikut kami kongsikan cara menghasilkan imej 3D menggunakan aplikasi Facebook.

TECH Mon, 28 May 2018

Instagram Bakal Dedah Ciri Muzik Di Instagram Stories Tak Lama Lagi

Buat anda kaki media sosial Instagram, ini untuk anda – boleh tambah lagu di Instagram Stories

Contest Wed, 27 Nov 2019
TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

TECH Fri, 27 Apr 2018

SKMM Rai Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Mi A2 Lite – Model “Adik” Kepada Mi A2 Dilancarkan

Disamping pelancaran Mi A2, Xiaomi turut melancarkan model kelas permulaan iaitu Mi A2 Lite dengan penawaran yang rendah sedikit berbanding model utama. Berbeza dari abangnya, Mi A2 Lite mempunyai rekaan takuk pada bahagian atas skrin yang berukuran […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Kedai Atas Talian Rasmi Huawei Malaysia Kini Dibuka

Baru-baru ini, Honor Malaysia telah memperkenalkan hihonor.my sebagai kedai atas talian rasmi mereka. Sehubungan dengan itu, hari ini Huawei Malaysia telah secara rasmi melancarkan kedai atas talian mereka bagi menggantikan laman Vmall.my yang digunapakai sebelum ini. Bagi mereka yang […]

| Live TV