TECH By: SGMS Enal August 31, 2019 @ 7:48am

3 “External Hard Disk” Terbaik Mampu Milik Dipasaran

Keperluan untuk cakera keras luaran adalah sangat signifikan untuk keperluan masakini, apatah lagi dengan saiz fail yang melibatkan jenis media sangat besar sehinggakan ada yang mencecah 10GB untuk durasi 2 jam.

Kepada anda yang sedang mencari peranti simpanan luaran yang berkualiti dan mampu milik, berikut kami kongsikan 3 “External Hard disk” bersaiz sederhana yang boleh anda pertimbangkan.

1. Seagate 1TB Backup Plus Slim Portable Hard Drive USB 3.0


Dengan harga dalam lingkungan RM199, peranti ini sangat sesuai untuk digunakan pada PC ataupun Mac. Seagate® Backup Plus Slim Portable Drive ini memberikan anda suatu alternatif yang mudah untuk menyimpan dan memindahkan data anda dengan tahap keselamatan yang tinggi. Sesuai untuk di bawa ke mana sahaja dengan rekaan menarik dan ringan memberikan anda ruang simpanan fail sebenar 1TB.

2. ADATA HV620S 1TB USB 3.0 Slim Portable External Hard Disk


Peranti ini memberikan anda ruang simpanan sebesar 1TB untuk kemudahan anda dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan rekabentuk nipis, ia juga memiliki kelajuan luarbiasa dalam memindahkan data anda. harga yang ditawarkan dipasaran ialah dalam lingkungan RM195.

3. Buffalo Ministation 1 TB USB 3.0 Portable Hard Drive Pink


Peranti ini berkebolehan menyokong peranti jenis plug in dan mempunyai cip yang sangat laju dengan kadar pemindahan selaju maksimum 5 Gbps (USB 3.0) Max. 480 Mbps (USB 2.0) selain memiliki kapasiti setinggi 1TB untuk kegunaan anda. Dengan rekabentuknya yang kecil dan nipis ini memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Bersesuaian dengan fungsinya, peranti ini dijual dengan harga yang sedikit mahal iaitu RM270 dipasaran atas talian.

Harap dapat membantu anda di luar sana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 27 Apr 2018

SKMM Rai Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.

TECH Fri, 19 Oct 2018

Cara Mengubah Telefon Pintar Android jadi Mouse Komputer

Anda juga boleh mengawal papan kekunci, pelindung yang terjejas, pemain media, persembahan, pemecah yang gagal untuk mematikan komputer secara langsung dari Android.

TECH Wed, 13 Nov 2019

Sejauh Mana Port Pengecas USB Di Tempat Awam Selamat Untuk Digunakan?

Bayangkan telefon pintar atau tablet anda kekurangan bateri ketika berada di luar, tiada powerbank, dan akan bertambah lagi parah apabila anda tertinggal kabel pengecas di rumah. Pastinya anda akan mencari jalan alternatif dengan menggunakan pengecas peranti yang […]

TECH Fri, 2 Aug 2019

Tips ‘Browsing’ Internet di Tempat Awam

antara tips untuk anda gunakan dalam keadaan selamat

TECH Sat, 11 Jan 2020

Perbezaan Antara Bateri Graphene Dan Lithium-Ion

Teknologi bateri telefon pintar adalah agak bagus pada masa ini. Tetapi, ada satu perkara yang mungkin peminat gajet merasa tidak pernah cukup iaitu jangka hayat bateri yang lebih baik. Alangkah indahnya  jika kuasa peranti boleh […]

TECH Sat, 27 Jan 2018

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

Kami kongsikan cara yang boleh digunakan untuk memadam fail pendua khusus pada peranti iPhone.

TECH Thu, 6 Dec 2018
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Cara Remote PC dari Smartphone Android

mari guna remote dalam android nampak lagi memudahkan

TECH Sun, 26 Nov 2017

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda? Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pertama sekali muat turun […]

TECH Mon, 11 Dec 2017

Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

Hanya Rakam Dia Sedang Main ‘Game’ Dan Ulas, Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

| Live TV