Parenting By: tex_admin March 30, 2018 @ 12:52pm

7 Tips Untuk Pastikan Anak Selamat Ketika Di Rumah

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita tentang seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat terjerut tali langsir ketika di rumah keluarganya. Sudah pasti berita ini akan menimbulkan kebimbangan kepada semua ibu bapa. Sebenarnya, kejadian sebegini sukar untuk kita jangkakan kerana tidak semua pergerakan anak-anak dapat kita awasi.

Kita akan menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat untuk kita dan anak-anak, tetapi tanpa kita sedari kediaman juga boleh bertukar menjadi tempat paling bahaya untuk kanak-kanak sekiranya tidak ada langkah untuk melindungi keselamatan mereka.

Kemalangan ketika di rumah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada di luar mahupun dalam rumah. Ingat ya, rumah yang kita rasa selamat untuk didiami oleh orang dewasa tidak semestinya selamat kepada bayi dan kanak-kanak juga!

Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips bagi melindungi keselamatan anak di rumah dan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

1. Peralatan Elektrik

Foto: Shutterstock

Sebenarnya, peralatan elektrik boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah terutamanya bayi dan kanak-kanak. Anda perlulah meletakkan peralatan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, cerek, seterika dan yang berkaitan di tempat yang tinggi yang tidak boleh dicapai oleh bayi dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, wayar elektrik yang terjuntai juga perlu dikemaskan dan suis atau soket perlu dipastikan selamat. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan suis atau soket!

2. Perabot

Foto: Parentinghow

Biasanya perabot melengkapkan kediaman agar tampak lebih cantik. Tetapi ia juga boleh mendatang bahaya untuk anak-anak. Anda perlu memastikan bucu-bucu meja, kerusi dan almari ditutup agar tidak mencederakan anak-anak di rumah.

Anda boleh menggunakan penutup bucu (edge protector) yang dijual di pasaran. Ingat, bayi dan kanak-kanak yang bermain masih belum faham apa itu bahaya.

3. Bilik Air

Foto: WifeOnTheGo

Bilik air merupakan tempat yang paling digemari oleh kanak-kanak. Anda perlu memastikan pintu bilik air sentiasa ditutup rapat. Kebanyakan bayi suka meneroka, mereka akan masuk dan bermain air di dalam bilik air tanpa kita sedari.

Selain itu, keadaan lantai yang licin juga boleh membahayakan kanak-kanak yang sudah pandai mandi sendiri. Mereka akan mudah terjatuh dan akan menyebabkan kecederaan.

4. Makanan Tumpah

Foto: Mother Working

Biasanya kalau anak-anak kita makan pasti akan ada makanan yang berselerak atau tumpah. Jangan dibiarkan tau, anda perlu segera membersihkan sisa makanan dan minuman yang tumpah agar anak-anak tidak mengutip semula makanan tersebut.

Hal ini kerana, makanan yang telah jatuh di atas lantai akan terkena kuman. Ini boleh mengundang penyakit jika terkena jangkitan kuman. Anda perlu mengajar anak-anak supaya tidak mengutip makanan yang telah jatuh sama ada di lantai ataupun di atas meja.

5. Bahan Beracun

Foto: Decoist.com

Sabun, minyak angin, penyembur serangga, pembasmi kuman, racun tikus dan lain-lain antara bahan beracun yang biasa anda gunakan di rumah. Simpan kesemua bahan merbahaya ini di tempat yang tinggi atau tersorok seperti di dalam laci dan labelkan. Ingat ya, bahan-bahan ini jika terminum boleh menyebabkan kematian.

6. Pintu dan Laci

Foto: Raising Arizona Kids

Mungkin perkara ini anda rasa tidak penting dan bahaya, tetapi anak-anak kecil masih belum pandai membuka dan menutup pintu dengan sendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah perlu memastikan tombol setiap pintu tidak terkunci daripada dalam.

Gunakan juga penyendal bawah pintu untuk mengelakkan pintu tertutup dengan sendirinya dan membahayakan anak-anak. Anda juga boleh menggunakan penahan pintu (door stopper) sebab pintu boleh menyebabkan jari atau tangan anak-anak tersepit.

7. Alat Permainan

Foto: Fatherly

Anda perlu sentiasa memeriksa permainan anak-anak sama ada telah pecah, tercabut skru, patah dan koyak supaya anak-anak tidak mengalami kecederaan ketika bermain alat permainan yang telah rosak. Ingatlah bahawa, bahagian yang tajam setelah patah atau pecah akan melukakan tubuh anak-anak; skru yang tercabut dan span yang terkeluar akibat koyak boleh menyebabkan bayi tercekik. Jaga-jaga!

Kesimpulannya, anda perlu menitik beratkan tentang semua perkara yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak di rumah. Maklumkan juga kepada pengasuh yang menjaga anak anda tentang perkara ini. Ingat, nyawa tidak boleh ditukar ganti, cegah awal sebelum terlambat!

Sumber: SirapLimau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Thu, 25 Jan 2018

Tip Ajar Anak Makan Sayur

Satu dilema di kalangan ibu bapa ialah, susah hendak memujuk anak-anak supaya makan sayur-sayuran. Setiap kali ada sahaja alasan mengelak yang diberikan oleh anak-anak apabila disuruh makan sayur. Tak sedap, rasa nak muntah, pahit dan macam-mcam lagi alasan klise. Jadi, bagaimana cara untuk memujuk anak-anak supaya menikmati makanan berkhasiat ini?

Parenting Mon, 9 Apr 2018

Tengok Anak-Anak Angelina Jolie Dan Brad Pitt Membesar Dalam 16 Gambar Sweet Ini

Ketika mereka masih lagi bersama, Angelina Jolie dan Brad Pitt telah membina sebuah keluarga yang nampaknya bahagia bersama anak-anak mereka.

Parenting Wed, 28 Mar 2018

Jangan Beli Mainan Crystal Slime Clay Untuk Anak Anda. Boleh Bawa Maut!

Jika kita lihat, terdapat pelbagai lambakan barang mainan yang dijual pada hari ini. Kebanyakkan barang mainan tersebut diimport daripada negara China yang kita sendiri tidak ketahui tahap keselamatan dan kandungannya.

Parenting Tue, 27 Feb 2018

Anak Mudah Jatuh Sakit Gara-Gara Alat Permainan Penuh Bakteria? Cuba 8 Tips Ini

Pernah tak korang terfikir alat permainan yang anak-anak korang suka itu sebenarnya ada bakteria? Hmm, perkara ini jangan ambil mudah tau! Jika alat permainan atau permukaan tempat si kecil tidak bersih, bakteria dan virus akan mudah berpindah dengan jayanya kepada mereka sekaligus meningkatkan risiko jangkitan. JAGA-JAGA!

Parenting Fri, 16 Mar 2018

Harga Lampin Pakai Buang Mahal. Ini Cara Mudah & Cepat Ajar Anak Untuk Bebas Lampin.

Diapers antara barangan keperluan bayi yang sangat penting dan perlu ada bagi memudahkan urusan bayi ke bilik air.

Parenting Mon, 2 Apr 2018

Nak Bawa Baby Pergi Swimming? Ini Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Berenang antara aktiviti yang menjadi pilihan para ibu bapa untuk diperkenalkan kepada bayi mereka.

Parenting Mon, 30 Apr 2018

Perlukan Babysitter Yang Bertauliah? Tempah Saja Menerusi Khidmat KiddoCare

Macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Parenting Wed, 17 Jan 2018

Adab Anak Di Rumah Orang

Entri Chef Selebriti Chef Wan di laman Instagram mengenai anak-anak tetamu di rumah terbuka yang nakal, membazir makanan dan menyerakkan rumah, tular sehingga mendapat perhatian netizen tidak berapa lama dahulu. Ketika menjadi tetamu ‘Wanita Hari […]

Parenting Wed, 4 Apr 2018

Anak Kerap Demam Malam, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Ibu antara orang yang paling risau apabila anak demam, lagi-lagi demam secara tiba-tiba pada waktu malam. Mesti tak tidur malam dibuatnya!

Parenting Mon, 16 Apr 2018

Tawar Produk Makanan Berkhasiat Untuk Bayi. SquEEEze Me Baby Mudahkan Tugas Ibu

SquEEEze Me Baby ada menyediakan produk makanan bayi yang berkhasiat untuk anak anda daripada umur 6 hingga 12 bulan!

| Live TV