Oh Lawa By: Nani Ramlee January 31, 2018 @ 3:40pm

Flawless Bak Fazura

Kecantikan yang dimiliki aktres popular, Fazura tidak perlu disangkal lagi. Memiliki kulit wajah yang licin dan cantik, penampilan gadis jelita berusia 34 tahun ini sentiasa memukau mata memandang.

Tiada istilah biarlah rahsia mengenai kecantikannya, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini berkongsi secara terbuka mengenai tip kecantikan yang diamalkannya.

1. Pelakon yang mesra dengan panggilan Faz ini mula menitikberatkan soal penjagaan kecantikan seawal usia 20 tahun lagi.

2. Faz meluangkan masa selama 10 minit untuk rejim penjagaan mukanya. Selain mencuci muka serta menggunakan pelembab siang dan malam, Faz juga akan memanjakan kulitnya dengan membuat urutan wajah.

3. Memiliki kulit yang kering dan sensitif, duta Nutox ini juga suka menggunakan serum untuk memastikan kulitnya sentiasa lembap dan tidak kusam.

4. Paling penting, Faz akan sentiasa minum banyak air dan memastikan dia mempunyai tidur yang cukup.

5. Faz juga turut mengamalkan sayuran dan buah-buahan untuk memastikan kulitnya sihat dan cantik.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Kredit foto : Instagram @missfazura 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Feb 2018

20 Foto Evolusi Fesyen Rihanna Dari 2005 Hingga Kini, Memang ‘Wow’!

Sejak muncul dengan lagunya Pon de Replay pada tahun 2005, Rihanna telah melakar namanya di arena seni bukan saja dengan lagu-lagu yang meletup, suara yang mantap, stage presence yang ikonik malah dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya […]

Oh Lawa Fri, 2 Feb 2018

Bahaya Tester Alat Solek

Namun, tahukah anda tester atau sampel barangan kosmetik seperti gincu, maskara atau eyeliner yang terdapat di kaunter kecantikan boleh mengakibatkan risiko jangkitan Herpes jenis 1 (herpes oral).

Oh Lawa Tue, 13 Mar 2018

Gaji ‘Ciput’ Bukan Alasan Tak Make Up, Ini Barangan Make Up Bawah RM40

Setiap wanita yang sentiasa bermakeup akan kelihatan nampak cantik dan fresh! Betul tak? Sebenarnya, bermakeup ini bukan sahaja untuk nampak cantik tetapi ia salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita. Tetapi ada juga dalam kalangan anda yang tidak gemar bermakeup kan? Mungkin sebab malas untuk menghabiskan masa depan cermin, iyala kalau nak makeup kena teliti dan ambil masa yang lama jugak.

Featured Thu, 26 Apr 2018

Baru Umur 6 Tahun, Anak Beyoncé Sudah Ada Stylist Dan Personal Shopper Sendiri!

Entah-entah outfit yang dia pernah pakai boleh kalahkan semua baju tercantik yang kita ada.

Oh Lawa Tue, 27 Feb 2018

Mascara Anda Kering Dan Bergumpal? Ini Cara Mudah Untuk “Cairkannya” Semula

Kegunaan mascara adalah untuk buat bulu mata kita nampak lebat dan lentik. Jadi memang tension kalau mascara tu dah mula bergumpal dan kekeringan, padahal macam baru je beli semalam.

Oh Lawa Fri, 9 Feb 2018

Nak Rambut Panjang Atau Rambut Pendek? Ini Info Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menyesal!

Dilema ini pasti sering dihadapi oleh mana-mana wanita. Tidak tahu fesyen rambut yang bagaimana sesuai dengan penampilan. Mahu dipotong pendek atau dibiarkan panjang menggurai?

Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

Oh Lawa Thu, 29 Mar 2018

Malunya Kalau Ketiak Hitam! Ini 4 Cara Semulajadi Untuk Putihkannya Dengan Cepat

Untuk wanita yang bertudung, memanglah ketiak anda dikira aurat, tapi tak geli atau segan ke kalau ketiak anda nampak kusam dan hitam?

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Oh Lawa Thu, 15 Mar 2018

7 Tips Kecantikan Menggunakan Madu Asli. Mudah Dan Murah!

Dah lah sedap dimakan, madu juga sangat berguna dalam menyembuhkan masalah kulit serta rambut!

| Live TV